SM Mall of Asia (GPS: 14.53515, 120.98273) ialah sebuah pusat membeli-belah yang besar di Manila, Philippines. Mall ini bertempat di Bay City, sebuah kawasan tebusguna di daerah Pasay City di Metro Manila. SM Mall of Asia meliputi kawasan yang disempadani Sunset Avenue di sebelah utara, Marina Way di sebelah selatan, J.W. Diokno Boulevard di sebelah timur dan Seaside Boulevard di sebelah barat menghadap ke Teluk Manila. Ia berada di hujung barat Lebuh Epifanio de los Santos (EDSA), yang tamat di sebuah bulatan dengan sebuah globe besar di tengahnya.
SM Mall of Asia telah dibuka dengan rasmi pada 21hb Mei, 2006, oleh Presiden Gloria Macapagal-Arroyo. Ia dimilik dan dikendalikan oleh SM Prime Holdings. Pada masa ia dibuka, ia merupakan pusat membeli-belah yang terbesar di Filipina. Sejak itu, kedudukan itu telah diambilalih oleh pusat-pusat membeli-belah yang lain, yang kesemuanya juga milik SM Prime Holdings.
SM Mall of Asia terdiri daripada empat bangunan saling berhubung. Kebanyakan daripada mall ini adalah dua tingkat, iaitu tingkat bawah dan atas. Terdapat beberapa ratus kedai dalam mall ini. Penyewa utama termasuk SM Hypermarket dan San Miguel-Coca-Cola IMAX theater (ini merupakan pawagam IMAX pertama yang pertama di Filipina). Penyewa lain termasuk National Book Store, Jollibee, Science Discovery Center, The NorthFace, Watson dan banyak lagi. Mall ini juga mempunyai gelanggang ais skating yang pertama di Filipina, dan antara yang terbesar di Asia.
Maklumat terkini SM Mall of Asia
7 April, 2017
SM Mall of Asia akan menjadi venue untuk Jamboree World Street Food Congress 2017. Ini adalah pesta makanan di mana penjaja dari lebih satu dozen negara akan berkumpul di sini untuk menjual makanan mereka. Jamboree ini akan diadakan dari 31hb Mei hingga 4hb Jun, 2017. Untuk keterangan lanjut, layari laman web WSFCongress.
Atrium di pintu masuk ke SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Pandangan SM Mall of Asia dari atrium masuk. (4 April, 2017)
Bahagian dalam SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Bahagian dalam SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Bahagian dalam SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Bahagian dalam SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Bahagian dalam SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
National Book Store, rangkaian kedai buku yang popular di Filipina, pun mempunyai cawangan di SM Mall of Asia (4 April, 2017)
Lorong pejalan kaki antara bangunan di kompleks SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Van yang menjual churro di lorong pejalan kaki SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Laman menghijau antara bangunan di SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Dewan muzik SM Mall of Asia. (4 April, 2017)
Pandangan SM By The Bay, sebuah tempat beristirehat di sisi Teluk Manila, di sebelah bertentangan Seaside Boulevard dari Mall of Asia. (4 April, 2017)
Pandangan 360° SM Mall of Asia pada Google Maps Street View