The Puteri Pacific Johor Bahru Ramadan Food Review© The Puteri Pacific Johor Bahru
English
Pada bulan Ramadan, bulan yang mulia,
The Puteri Pacific menawarkan Bufet Berbuka Puasa di Puteri Cafe. Satu previu telah diadakan oleh hotel tersebut pada 19hb April, 2017, yang dihadiri oleh tetamu dari pihak media dan korporat untuk menikmati sajian yang ditawarkan di hotel tersebut.
Tema tahun ini adalah Juadah Pilihan Tradisi yang merangkumi lebih kurang seratus hidangan kegemaran Malaysia, termasuk pembuka selera, sup, hidangan utama dan pencuci mulut, kesemuanya hasil masakan Chef Eksekutif, Azamuddin Ahmad dan pasukannya.
Antara hidangan yang terdapat dalam bufet ini termasuk Botok-botok, Pulut Kuning dengan Rendang Daging, Pulut Serawa, Roti Orak-arik, Ayam Percik Salai, Lamb Kuzi, Putu Mayam, Murtabak, Tosai, dan barbeku makanan laut dan daging. Selain itu, di Restoran Cina Kai Xuan pula, diadakan Bufet Dim Sum pada waktu malam.
Saya dan isteri saya telah dipelawa menghadiri tinjauan masakan bufet ini, tetapi malangnya kami tidak dapat menghadirkan diri. Oleh itu, hotel The Puteri Pacific telah membekalkan gambar-gambar seperti yang disiarkan di sini.
Tempahan
Untuk membuat tempahan, sila hubungi The Puteri Pacific Johor Bahru di talian +607 219 9999 atau emel ke sales@puteripacific.com.
Kambing Kuzi, dalam Previu Bufet Ramadan The Puteri Pacific Johor Bahru© The Puteri Pacific Johor Bahru
Pelbagai pencuci mulut dalam Previu Bufet Ramadan The Puteri Pacific Johor Bahru© The Puteri Pacific Johor Bahru
Promosi Ramadan The Puteri Pacific Johor Bahru
Promosi Bufet The Puteri Pacific© The Puteri Pacific Johor Bahru
Buka Puasa Set Menu dan Bufet Dim Sum Waktu Malam di The Puteri Pacific© The Puteri Pacific Johor Bahru
Promosi Bilik Bulan Ramadan© The Puteri Pacific Johor Bahru
Promosi Pakej Mesyuarat dan Seminar© The Puteri Pacific Johor Bahru
Kembali ke laman utama The Puteri Pacific Johor Bahru
Maklumat
[an error occurred while processing this directive]