Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorMakam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Makam Sultan Mahmud Mangkat Di JulangMakam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (13 September, 2016)


English

Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (GPS: 1.72899, 103.90859) ialah makam untuk Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah. Baginda ialah sultan Johor yang ke-9, dan yang terakhir dari keturunan sultan-sultan Melaka. Baginda menjadi sultan untuk Johor, Pahang dan Lingga, dari 1685 hingga pembunuhan baginda pada 3hb September, 1699.

Sultan Mahmud II diputerakan pada tahun 1675. Baginda ditabalkan ketika hanya berusia 10 tahun, setelah ayahandanya, Sultan Ibrahim, telah mati diracun oleh tiga isterinya. Baginda adalah anak kepada isteri ketiga Sultan Ibrahim. Oleh sebab baginda masih di bawah umur, takhta di bawah kabupaten bersama ibunya dan Bendahara.

Seperti juga ayahnya, Sultan Mahmud II merupakan seorang sultan yang zalim yang suka menghabiskan masa dengan kegiatan keji dan akan membunuh orang sesuka hati. Menurut Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang telah berkunjung ke Johor Lama pada tahun 1695, dan mencatatkan perilaku Sultan Mahmud II, katanya sultan itu bernafsu kepada lelaki yang kacak.1.

Menurut Hamilton, Sultan Mahmud II seorang peliwat yang gemar anak-anak lelaki orang Bangsawan, yang dipaksa ke dalam istananya. Seorang pedagang Moorish yang mempunyai seorang anak lelaki kacak yang pada suatu hari dilihat oleh Sultan Mahmud II telah dipaksa menghantar anak lelakinya ke istana. Pedagang itu telah memohon perlindungan dari Hamilton.1 Kezaliman Sultan Mahmud II sampai ke kemuncak apabila baginda membunuh Dang Anum, isteri kepada orang besarnya, Megat Seri Rama, atas tuduhan Dang Anum yang mengandung itu mengidamkan buah nangka yang ditanam di taman diraja. Baginda telah membelah perut Dang Anum untuk melihat sama ada anak dalam kandungan itu yang mengidam buah nangkanya.

Apabila Megat Seri Rama, yang kembali dari peperangan di Lingga, mengetahui khabar kematian isteri kesayangannya di tangan sultan, dia telah berpakat dengan pembesar-pembesar istana yang lain, termasuk Benhahara Tun Habab, untuk menghapuskan, mengikut adat Melayu, yang seseorang raja boleh diturunkan jika terbuka yang dia sudah gila. Namun komplot untuk menderhaka ditentang oleh seorang pembesar, yang bernama Orang Kaya Seri Bija Wangsa. Agar komplot itu berjaya, pembesar-pembesar terpaksa membunuh Orang Kaya Seri Bija Wangsa. Tetapi Orang Kaya Seri Bija Wangsa adalah orang keutamaan dari suku Orang Laut, dan pembunuhannya telah menimbulkan kemarahan Orang Laut ingin berdendam. Sementara itu, Megat Seri Rama mengambil tugas untuk menghapuskan sultan. Ketika Sultan dijulang ke masjid, Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sampai mati. Tragedi itu dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, dan dari masa itu, Sultan Mahmud II telah dikenali dengan nama tersebut. Baginda hanya berusia 24 tahun pada masa itu.

Setelah Sultan Mahmud II dibunuh, Bendahara Tun Habab juga membunuh isteri-isteri Sultan Mahmud II, untuk memastikan tiada seorang waris yang tinggal. Akan tetapi, seorang daripada isteri Sultan Mahmud II, iaitu Che Mi, berjaya melarikan diri ke Pagar Ruyung di Minangkabau, Sumatra. Di sana, dia melahirkan seorang anak yang digelar Raja Kechil. Setelah menghapuskan keluarga Sultan Mahmud II, Bendahara Tun Habab menaiki takhta sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Beberapa dekad kemudian, Raja Kechil telah kembali ke Johor dan berjaya mengusir Sultan Sulaiman, iaitu waris kepada Sultan Abdul Jalil. Raja Kechil pun menaiki takhta Johor sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Tetapi baginda hanya memerintah dari 1718 hingga 1722, sebelum diusir oleh orang Bugis Lima Bersaudara. Baginda telah melarikan diri ke Siak pada tahun 1723.

Makam Sultan Mahmud Mangkat Di JulangBangunan di Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (13 September, 2016)


Makam Sultan Mahmud Mangkat Di JulangBangunan di Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (13 September, 2016)


Makam Sultan Mahmud Mangkat Di JulangMakam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (13 September, 2016)


Makam Sultan Mahmud Mangkat Di JulangSaya di Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (13 September, 2016)

Pandangan 360° Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang pada Google Maps Street View

Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang adalah dalam peta Kota Tinggi

Rujukan

1. Sultan Mahmud Shah II pada Wikipedia
2. R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.

Senarai Makam di Johor and Makam di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.