Mersing (GPS: 2.42862, 103.83178) adalah sebuah bandar di Johor. Ia adalah bandar Johor yang paling besar di pantai timur Semenanjung. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk 21,670 orang. Mersing berada di muara Sungai Mersing berhadapan dengan Laut China Selatan.
Walaupun Mersing tidak mempunyai banyak tarikan pelancong, kebanyakan orang datang ke sini sebab ia tempat menaiki feri ke pulau-pulau persisiran seperti Pulau Tioman (yang dimiliki Pahang), Pulau Aur, Pulau Seribuat, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang, Pulau Besar, dan Pulau Sibu.
Sekiranya anda tidak ingin meninggalkan tanah besar, anda juga boleh menikmati sebuah pantai yang indah yang berdekatan, iaitu Pantai Penyabong, yang terletak di Endau, pada sebelah utara Mersing. Ini adalah tempat untuk melihat rumah-rumah tradisional dan perahu nelayan tradisional.
Dari arah Johor Bahru atau Singapura, guna Laluan 3 ke Mersing melalui Kota Tinggi. Dari Kuala Lumpur, keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan pada Persimpangan Air Hitam (Exit 244) dan kemudian guna Laluan 50 menghala ke timur sampai ke Mersing. Dari Kelantan, Terengganu atau Pahang, guna Laluan 3 menghala ke selatan.
Nombor-nombor Kecemasan
Police tel: 07 799 3507
Fire tel: 07 799 4444
Hospital tel: 07 799 3333
Syarikat Utiliti
Syarikat Air Johor tel: 07 799 1055
Tenaga Nasional tel: 07 799 2020
Telekom Malaysia tel: 07 799 3179
Bank di Mersing
Agro Bank 74 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 1434
Bank Islam Malaysia Ground Floor, 30 Jalan Abu Bakar, 86800 Mersing, tel: 07 799 5076
Bank Kerjasama Rakyat 29 & 30 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 7226
Bank Simpanan Nasional 72 & 73 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 3221
CIMB Bank 4 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 1600
Public Bank 21 & 22 Jalan Sulaiman, 86800 Mersing, tel: 07 799 2695
Maybank 22-4 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 1236