Daerah Kuala Muda adalah sebuah daerah di bahagian selatan negeri Kedah. Ia disempadani Daerah Yan di barat laut, Daerah Pendang di utara, Daerah Sik di timur laut, Daerah Baling dan Daerah Kulim di tenggara, dan Pulau Pinang di selatan. Daerah Kuala Muda mempunyai keluasan 923 km persegi. Pusat pentadbirannya adalah bandar Sungai Petani iaitu bandar kedua besar di Kedah.
Antara bandar yang terdapat di Daerah Kuala Muda termasuk Tikam Batu, Padang Tembusu, Sungai Lalang, Bedong, Bukit Selambau, Sidam, Gurun, Semeling, Merbok, Kota Kuala Muda dan Tanjung Dawai.
Daerah Kuala Muda dibahagikan kepada beberapa mukim, yang mungkin juga merupakan bandar. Ini termasuk Bandar Aman Jaya, Bedong, Bujang, Bukit Meriam, Bukit Selambau, Gurun, Haji Kudong, Jeniang, Kota, Kota Kuala Muda, Kuala, Merbok, Pekula, Pinang Tunggal, Rantau Panjang, Semeling, Sidam Kiri, Simpor, Sungai Lalang, Sungai Pasir, Sungai Petani, Teloi Kiri, Tikam Batu dan Tanjung Dawai.
Lembah Bujang juga terletak di Daerah Kuala Muda. Ia adalah tapak arkeologi untuk tamadun purba yang paling besar di negara ini. Juga di Daerah Kuala Muda ialah Masjid Pengkalan Kakap, satu daripada masjid yang tertua di Kedah.
Tempat-tempat di Daerah Kuala Muda dalam peta
Senarai tempat di Daerah Kuala Muda
Kampung Tepi Sungai
5.5806, 100.34156 Sebuah kampung di tebing utara Sungai Muda, paling dikenali sebagai tempat untuk Pasar Bisik.
GPS: 5.66507, 100.36751 Sebuah resort kecil yang popular dengan pelawat tempatan yang sering digunakan oleh syarikat tempatan untuk seminar dan aktiviti teambuilding.