Pulau Sayak (GPS: 5.66062, 100.33421) adalah sebuah kampung nelayan di bahagian selatan negeri Kedah. Ia adalah sebuah tanjung di tebing selatan muara Sungai Merbok. Ia mendapat namanya daripada pulau di persisiran pantainya. Pulau Sayak adalah pada sebelah barat Pantai Merdeka. Kalau dibandingkan, kawasan ini jauh lebih sunyi. Terdapat sebuah resort tempatan bernama Tanjung View Resort di sini, tetapi ianya kelihatan terbiar sahaja.
Pulau Sayak mempunyai persisiran pantai yang indah. Terdapat pantai berpasir dengan pokok kelapa yang melangit tinggi. Dari ini, anda dapat melihat pulau yang juga digelar Pulau Sayak di kaki langit. Pada pantai utara tempat ini ialah kampung nelayan dengan bagan untuk bot nelayan. Kawasan di sini berbatu, dengan batu-batan yang rupanya sama seperti yang terdapat di Pulau Kendi di Pulau Pinang.
Pemandangan Pulau Sayak dengan Pulau Pinang di kaki langit. (23 April, 2017)
Pantai indah di Pulau Sayak. (23 April, 2017)
Pulau yang juga dikenali sebagai Pulau Sayak, dilihat dari pantai Pulau Sayak. (23 April, 2017)
Bot-bot nelayan di persisiran pantai Pulau Sayak. (23 April, 2017)
Saya dan isteri saya di Pulau Sayak. (23 April, 2017)
Pandangan 360° Pulau Sayak pada Google Maps Street View