Gunung Jerai (GPS: 5.79638, 100.43485) adalah sebuah gunung yang terkenal di Kedah. Gunung ini mempunyai ketinggian 1380m (4140 kaki). Ia adalah sebuah kemuncak batu kapur di bahagian selatan negeri Kedah. Gunung Jerai adalah gunung yang paling jelas kelihatan dari laut dari sepanjang persisiran pantai Kedah.
Ketinggian Gunung Jerai membolehkan pelaut zaman dahulu menggunakannya sebagai mercu tanda dalam pelayaran mereka. Ia kerana kemuncaknya dapat dilihat dari jarak seratus batu dari laut. Pada zaman dahulu, obor api akan dinyalakan di kemuncak gunung untuk membantu kapal sampai ke Kedah.
Menurut Dato' V. Nadarajan dalam bukunya Bujang Valley, The Wonder that was Ancient Kedah (ms 46), nama "Jerai" mungkin berasal dari perkataan Chera, iaitu Kerajaan India Selatan yang ketiga. Ia telah berubah kepada Serai dan kemudiannya Jerai. Terdapat peninggalan dari zaman purba di Lembah Bujang, yang berada di kaki Gunung Jerai. Kawasan Lembah Bujang mengandungi tapak arkeologi yang paling kaya dengan peninggalan purba di Malaysia.
Timothy dan Chooi Yoke di Regency Jerai Hills Resort (25 Julai, 2015)
Timothy dan Chooi Yoke di Regency Jerai Hills Resort (25 Julai, 2015)
Timothy dan Chooi Yoke di Regency Jerai Hills Resort (25 Julai, 2015)
Saya dan isteri saya di Regency Jerai Resort (25 Julai, 2015)
Saudagar pada zaman purba menganggap Gunung Jerai sebagai kemuncak yang suci. Terdapat banyak legenda mengenainya, termasuk legenda Raja Bersiong yang memerintah sebuah kerajaan purba dekat kemuncaknya. Penggalian arkeologi telah menemui tapak yang dipercayai "Kuil Kolam Air Sembilan" yang kononnya tempat bersiram Raja Bersiong.
Gunung Jerai diliputi awan. (17 Julai, 2015)
Gunung Jerai masih lagi diliputi hutan belantara. Kawasan sekitarnya telah dilindungi sebagai Hutan Simpanan Gunung Jerai, dan pada bahagian cerun gunung itu ialah Hutan Lipur Sungai Teroi. Tempat ini sesuai untuk pengunjung berkelah sambil menikmati udara nyaman dan pemandangan yang indah. Berdekatan dengannya ialah Muzium Perhutan yang memberikan interpretasi fauna dan flora tempatan.
Pada masa Perang Dunia Kedua, tentera British telah membina kubu pertahanan berbentuk parit dekat kemuncak Gunung Jerai. Parit-parit ini masih ada hari ini, dan dapat dilihat pada bahagian cerun. Tetapi, oleh sebab tiada sebarang usaha untuk membaikinya, ia dalam keadaan terbiar. Lagipun, kesedaran sivik yang rendah antara kalangan pengunjung telah menyebabkan kawasan berkelah bertaburan dengan sampah. Namun demikian, bagi pencinta alam, tempat ini satu-satunya destinasi untuk menikmati keindahan alam semulajadi, selagi dapat dicari lokasi yang kurang bertaburan bersampah.
Papan tanda untuk naik ke Gunung Jerai (25 Julai, 2015)
Pemandangan dari Gunung Jerai (25 Julai, 2015)
The Regency Jerai Resort di Gunung Jerai (25 Julai, 2015)
Car park at the foot of Gunung Jerai (25 Julai, 2015)
Gunung Jerai pada Google Street View
Jalan naik ke Gunung Jerai
Pergi ke Gunung Jerai
Sama ada anda dari Pulau Pinang atau Alor Setar, cara paling mudah untuk sampai ke Gunung Jerai adalah dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara ke Exit 173. Pada lampu isyarat yang pertama, belok kiri dalam arah ke Gurun dan Yan (dan bukan dalam arah ke Jeniang dan Sik), seperti yang ditunjukkan pada pandangan jalan di bawah.
Jalan ini membawa anda melalui pusat bandar Gurun. Selepas menyeberangi jejambat lantasan keretapi, anda tiba di satu lagi lampu isyarat. Belok kanan. Perhatikan untuk papan tanda Gunung Jerai seperti yang ditunjukkan di bawah.
Papan tanda Gunung Jerai pada Laluan Persekutuan 1 (17 Julai, 2015)