Terdapat lima pasar malam yang dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Langkawi, iaitu Pasar Malam Ulu Melaka yang berlangsung pada hari Isnin, Pasar Malam Padang Matsirat pada hari Ahad, Pasar Malam Air Hangat pada hari Jumaat, Pasar Malam Padang Wahid pada hari Selasa dan Pasar Malam Kuah yang berlangsung pada hari Sabtu dan Rabu.