Sungai Kedah adalah antara sungai yang penting di Negeri Kedah. Ia mengalir melalui bandaraya Alor Setar, di mana Sungai Anak Bukit mengalir memasukinya. Punca Sungai Kedah adalah di Alor Mengkudu, iaitu tempat di mana Sungai Alor Penyengat mengalir masuk ke Sungai Pendang untuk membentuk Sungai Kedah. Dari sana, ia memulakan perjalan yang membengkang-bengkok menghala ke barat, melalui pusat bandaraya Alor Setar sebelum berakhir di muaranya kepada Selat Melaka di Kuala Kedah.
Terdapat beberapa batang jambatan yang merentangi Sungai Kedah. Jambatan terakhir dan juga yang terbesar adalah Jambatan Tok Pasai di Kuala Kedah. Selain itu, terdapat juga beberapa jambatan lain yang tidak diberi nama yang merentangi Sungai Kedah di Alor Setar.
Bot dan tongkang pada Sungai Kedah, di Kuala Kedah, dengan Jambatan Tok Pasai Bridge jauh di belakang. (19 February, 2017)
Sungai Kedah, dekat kuala Sungai Anak Bukit (2 August, 2015)
Sungai Kedah dilihat dari Menara Tanjung Chali (2 August, 2015)