Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorSungai Petani سوڠاي ڤتاني

Menara Jam Sungai PetaniMenara Jam Sungai Petani (23 Ogos, 2015)


English

Sungai Petani سوڠاي ڤتاني (GPS: 5.64195, 100.48954) adalah bandar kedua besar di Kedah selepas Alor Setar. Biasanya dikenali sebagai SP, ia terletak di sebelah selatan Negeri Kedah, dan sebenarnya lebih dekat kepada Negeri Pulau Pinang daripada Alor Setar. (Pengaruh Pulau Pinang jelas kelihatan di Sungai Petani, di mana kebanyakan kereta menggunakan nombor plat Pulau Pinang.) Pada tahun 1990-an, ia merupakan bandar yang kedua pesat membangun di Malaysia selepas Johor Bahru, tetapi perkembangannya telah menjadi perlahan semenjak kemelesetan ekonomi pada lewat tahun 90-an.

Lokasi tempat menarik di Sungai Petani

Tujuan petua ini adalah untuk membantu anda meneroka Sungai Petani. Atas sebab itu, saya bekalkan koordinat GPS untuk membantu anda bernavigasi.

Places of Interest in Sungai Petani

  1. Kompleks Jeti Sungai Merbok (GPS: 5.68223, 100.46828)

  2. Menara Jam Sungai Petani (GPS: 5.64324, 100.48901)

Kategori tempat di Sungai Petani

Tempat-tempat lain di Sungai Petani

  1. Balai Polis Sungai Petani (GPS: 5.64113, 100.48907)

  2. Cinta Sayang Resort (GPS: 5.65877, 100.51876)

  3. Gereja Christ the King (GPS: 5.64981, 100.48966)

  4. Kelab Sungai Petani (GPS: 5.64113, 100.48907)

  5. Menara Jam Sungai Petani (GPS: 5.64324, 100.48901)

Kemudahan Pengangkutan di Sungai Petani

  1. Stesen Keretapi Sungai Petani (GPS: 5.64302, 100.48975)

  2. Ukir Square (Stesen Bas Ekspres Sungai Petani), (GPS: 5.64302, 100.48975)

Stesen Minyak di Sungai Petani

  1. BHP Jalan Kampung Baru (GPS: 5.636112, 100.486216)

  2. BHP Jalan Kuala Ketil (GPS: 5.634527, 100.501672)

  3. Caltex Lagenda Heights (GPS: 5.664149, 100.503565)

  4. Caltex Taman Sejati Indah (GPS: 5.614724, 100.482425)

  5. Petron Jalan Badlishah (GPS: 5.646336, 100.491869)

  6. Petron Jalan Bakar Arang (GPS: 5.630687, 100.481025)

  7. Petron Jalan Kampung Baru (GPS: 5.635361, 100.485506)

  8. Petron Sungai Lalang (GPS: 5.679945, 100.508195)

  9. Petronas Jalan Bakar Arang (GPS: 5.635361, 100.485506)

  10. Petronas Jalan Kuala Ketil (GPS: 5.634516, 100.501151)

  11. Petronas Taman Ria (GPS: 5.663839, 100.504402)

  12. Petronas Taman Sri Wang (GPS: 5.618200, 100.498071)

  13. Shell Jalan Kampung Baru (GPS: 5.636010, 100.485889)

  14. Shell Jalan Kuala Ketil (GPS: 5.636054, 100.499569)

Bank di Sungai Petani

  1. Affin Bank, Amanjaya (GPS: 5.670139, 100.506664)

  2. Al-Rajhi Bank, Lagenda Heights (GPS: 5.657477, 100.501020)

  3. AmBank, Taman Petani Jaya (GPS: 5.638179, 100.488809)

  4. Bank Islam, Lagenda Heights (GPS: 5.657188, 100.500876)

  5. Bank Islam, SP Plaza (GPS: 5.645012, 100.488816)

  6. Bank Simpanan Nasional, Amanjaya (GPS: 5.671943, 100.509051)

  7. Bank Islam, Jalan Ibrahim (GPS: 5.641803, 100.489106)

  8. Bank Islam, SP Plaza (GPS: 5.645012, 100.488816)

  9. Bank Simpanan Nasional, Jalan Ibrahim (GPS: 5.644582, 100.489543)

  10. Bank Islam, SP Plaza (GPS: 5.645012, 100.488816)

  11. Bank Muamalat, Perdana Heights (GPS: 5.671292, 100.506927)

  12. Bank RHB Islamic Bank, Perdana Heights (GPS: 5.670593, 100.506841)

  13. CIMB Bank, Jalan Kampung Baru (GPS: 5.636602, 100.487208)

  14. Hong Leong Bank, Lagenda Heights (GPS: 5.664214, 100.503137)

  15. Hong Leong Bank, Jalan Kampung Baru (GPS: 5.636137, 100.487358)

  16. HSBC Sungai Petani (GPS: 5.642428, 100.488709)

  17. Maybank, Lagenda Heights (GPS: 5.659041, 100.501605)

  18. OCBC Al-Amin, Lagenda Heights (GPS: 5.659222, 100.501358)

  19. Rakyat Xcess (GPS: 5.641456, 100.489181)

Hospital di Sungai Petani

  1. Amanjaya Specialist Centre (GPS: 5.673145, 100.510778)

  2. Hospital Sultan Abdul Halim (GPS: 5.668459, 100.516351)

  3. Klinik Kesihatan Daerah Kuala Muda (GPS: 5.647550, 100.497271)

  4. Metro Specialist Hospital (GPS: 5.629068, 100.510080)

  5. Pantai Hospital Sungai Petani (GPS: 5.672398, 100.513262)

Masjid di Sungai Petani

  1. Masjid Abdul Rahman (GPS: 5.64094, 100.48491)

  2. Masjid Al-Muhsinin (GPS: 5.63521, 100.50106)

  3. Masjid Batu Dua (GPS: 5.63184, 100.52109)

  4. Masjid Pengkalan Lebai Man (GPS: 5.63271, 100.4947)

  5. Masjid Sultan Abdul Halim (GPS: 5.6514, 100.51863)

  6. Masjid Sultan Muzaffar Shah (GPS: 5.64716, 100.4877)

  7. Masjid Taman Keladi (GPS: 5.61623, 100.50577)

  8. Masjid Taman Ria (GPS: 5.66145, 100.50827)

Tempat-tempat Menarik Berdekatan Sungai Petani

  1. Bukit Hijau: Recreational forest popular with local picnickers.

  2. Gunung Jerai: Highest peak in Kedah, with panoramic views all around.

  3. Kuala Muda: Local fishing port and village, a good place to buy fresh seafood and watch the fishing boats come to shore.

  4. Lembah Bujang Archaeological Museum: The best known archaeological site in Kedah, with remains of Hindu temples from as early as the 4th century AD.

  5. Lunas: Town near Sungai Petani, popular among the locals for its roasted duck delicacies.

  6. Sungai Sedim: Recreational forest with water sports and elevated canopy walk.

Mengenai Sungai Petani

Antara mercu tanda yang paling terkemuka di Sungai Petani adalah menara jamnya. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bandar Sungai Petani telah mengalami perkembangan yang pesat dalam pembangunan residensi dan komersil. Antara pusat beli-belah yang baru dibuka di Sungai Petani termasuk Amanjaya Mall dan Village Mall.

Tidak terdapat banyak tempat pelancongan di pusat bandar Sungai Petani. Kebanyakan tempat menarik berada di kawasan persekitaran, antaranya Gunung Jerai, Lembah Bujang, Kuala Muda, Tanjung Dawai, Bukit Hijau dan Sungai Sedim.

Pergi ke Sungai Petani

Dengan Menaiki Kereta
Sungai Petani adalah 35 km di sebelah utara bandar Butterworth menerusi Lebuhraya Utara-Selatan. Susur keluar pada Exit 168 (Sungai Petani Selatan) ataupun Exit 170 (Sungai Petani Utara).

Dengan Menaiki Keretapi
Perkhidmatan KTM Electric Train Service berhenti di Stesen Keretapi Sungai Petani antara Kuala Lumpur dengan Padang Besar.

Asal-usul nama Sungai Petani

Sehingga tahun 1980-an, Sungai Petani dieja Sungai Patani. Pada dokumen-dokumen tua, contohnya dari tahun 1928 dan sebelumnya, ia dieja sebagai Sungei Pattani. Terdapat beberapa teori bagaimana bandar ini mendapat namanya. Penerangan yang paling simplistik menyatanya bahawa bandar ini diberi nama sempena sungai yang mengalir di kawasan itu, iaitu Sungai Patani. Tetapi, didapati sungai ini mendapat namanya dari Pattani, sebuah bandar di selatan Thailand. Terdapat ahli sejarah yang percaya yang pada masa dahulu, terdapat sebuah laluan perdagangan antara Kerajaan Langkasuka di Pattani dengan muara Sungai Merbok di Kedah. Sayangnya pihak berkuasa tanpa fahaman sejarah yang mendalam telah mengubah ejaan nama bandar ini dari Sungai Patani kepada Sungai Petani. Atas langkah mengisi erti kepada nama yang pada fahaman mereka membawa erti, mereka telah mengkaburkan asal usul nama bandar ini.

Apabila saya bertemu dengan seorang ahli sejarah dari Sungai Petani, Dato V. Nadarajan (pada 11hb Ogos 2015), beliau menerangkan kepada saya bahawa bandar ini telah wujud sejak zaman purbakala, dan berkemungkinan besar dinamakan sempena Pattani. Pendapat ini disokong oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani1, yang menyatakan bahawa nama bandar Sungai Petani berasal dari perkataan Sanskrit Pathini, yang bermakna "wanita murni", merujuk kepada gelaran yang diberi kepada seorang puteri Merong Mahawangsa princess pada zaman pra-Islam. Dengan peredaran masa, nama ini telah bertukar ejaannya kepada Patani dan kemudiannya kepada Petani, yang membawa makna yang berlainan sama sekali.

Terdapat sebatang sungai yang mengalir di bandar ini yang diberi nama Sungai Petani, yang pada asalnya bernama Sungai Bertanding. Ia merupakan anak sungai kepada Sungai Merbok. Sungai ini ditukar namanya memandangkan ia mengalir melalui bandar tersebut.

Sungai Petani adalah dalam peta Negeri Kedah Darul Aman

References

Senarai Bandar di Kedah dan Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.