Petua Melawat Kelantan Darul Naim membekalkan maklumat berguna untuk anda merancang lawatan anda ke Kelantan. Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم) adalah sebuah negeri di sebelah timur laut Semenanjung Malaysia. Kelantan disempadani Terengganu dan Pahang di sebelah selatan, Perak di sebelah barat dan Wilayah Narathiwat di Thailand di sebelah utara. Bahagian timur negeri Kelantan disisiri Laut China Selatan. Negeri ini mempunyai keluasan 14,922 km persegi dan berpenduduk melebihi dua juta orang. Ibu negerinya ialah Kota Bharu, sebuah bandar di pinggir Sungai Kelantan.
Petua ini ditulis untuk kegunaan mereka yang ingin meneroka Kelantan dengan sendiri. Sebaik mungkin, saya tambah koordinat GPS untuk bandar dan juga tempat menarik di Kelantan, untuk memudahkan anda bernavigasi ke setiap tempat yang diterangkan.
Wat Puchumthat Chanaram, Jong Bakar, Tumpat (12 Februari, 2006)
Terdapat beberapa teori tengang asal usual nama Kelantan. Ada yang mengatakan yang ia berasal dari perkataan "kilatan". Ada pula yang menyatakan yang ia pencemaran kepada perkataan gelam hutam, iaitu nama pokok Melaleuca leucadendra. Kelantan merupakan sebuah negeri pertanian, dengan kampung-kampung nelayan dan pantai berpasir. Penemuan arkeologi dari zaman purba menunjukkan bahawa Kelantan telah berpenghuni sejak zaman pra-sejarah.
Ekonomi Kelantan berasaskan penanaman padi, getah dan tembakau. Menangkap ikan di sepanjang pantainya yang berjumlah 97 kilometer juga merupakan satu kegiatan ekonomi yang mustahak. Kegiatan tradisional seperti pengeluaran batik, ukiran kayu dan menenun songket masih lagi diamalkan, walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Aktiviki pembalakan masih dijalanan di bahagian hutan belantara negeri ini. Di kawasan bandar, beberapa hotel terkemuka telah didirikan dan pusat membeli-belah yang moden juga telah dibuka untuk menampung kehendak penduduk bandar.
Wat Uttamaram, Tumpat, Kelantan (13 Februari 2006)
Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan. Ia adalah pusat perbandaran yang utama di negeri ini. Pasar di pusat bandar merupakan satu-satunya tarikan pelancong di Kota Bharu. Bandar ini diisytiharkan sebagai "bandaraya Islam" pada hari Sabtu, 1hb Oktober, 2005. Walau bagaimanapun, pengisytiharan ini tidak bererti Kota Bharu mendapat status bandaraya, tetapi hanya semata-mata berciri Islam. Terdapat usaha untuk membangunkan bahagian selatan negeri Kelantan.
Kelantan mempunyai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM10000, iaitu hanya satu pertiga kekayaan negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang. Banyak orang Kelantan yang melibatkan diri dalam perniagaan kecil dan sederhana dan menikmati pendapatan yang tidak dilaporkan dan tidak mencerminkan KDNK yang sebenar.
Istana Jahar in Kota Bharu, sekarang dijadikan Muzium Diraja Negeri Kelantan (12 Februari 2006)
Kelantan Hari Ini
Ada yang ragu melawat Kelantan, terutamanya Kota Bharu, oleh sebab reputasinya sebagai sebuah negeri Islam yang konservatif. Akan tetapi, mereka yang meneroka Kelantan akan mendapati yang ia sebuah negeri di mana masyarakat dari pelbagai bangsa hidup bersama. Di Tumpat contohnya, anda akan dapati banyak kuil Buddha, lebih daripada apa-apa tempat lain di negara ini.
Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu (12 Februari 2006)