Petua Melawat Kota Bharu provides useful information on Kota Bharu for the benefit of those planning their tip there. Kota Bharu (Jawi: كوت بهارو) ialah ibu negeri Kelantan Darul Naim. Bandar ini terletak di sebelah timur laut Semenanjung Malaysia. Mengikut anggaran 2010, Kota Bharu mempunyai jumlah penduduk kira-kira 610,000 orang, dan merupakan antara bandar terbesar di Pantai Timur.
Oleh sebab ia terletak di tepi Sungai Kelantan, Kota Bharu sering dilanda banjir. Di bahagian bandar terdapat tempat-tempat berwarisan seperti istana dan masjid. Oleh sebab Kota Bharu berdekatan Thailand, terdapat kuil Buddha Thai yang besar dekat Kota Bharu, terutamanya di Tumpat. Pada keseluruhannya, terdapat sejumlah 30 kuil Buddha di Kelantan, sesuatu angka yang agak memeranjatkan, memandangkan kebanyakan penduduk di sini dari masyarakat Melayu.
Di dalam Kampung Kraftangan, Kota Bharu (12 Februari, 2006)
Tokong Tin Hin Kong di Kampung Cina, Kota Bharu (1 Januari, 2007)
Kota Bharu pada Google Maps Street View
Pergi ke Kota Bharu
Anda boleh menaiki penerbangan, keretapi, bas ataupun memandu kereta untuk pergi ke Kota Bharu. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Airport (KBR) di Pengkalan Chepa ialah lapangan terbang utama untuk Kelantan. Ia mendapat penerbangan oleh Penerbangan Malaysia, AirAsia dan Firefly.
Satu cara unik untuk menikmati pemandangan Kelantan adalah dengan menaiki keretapi antara Gemas di Negri Sembilan dengan Tumpat di Kelantan. Perjalanan ini melalui kawasan hutan belantara di bahagian tengah Semenanjung. Akhir sekali, Kota Bharu dihubungkan dengan bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dengan perkhidmatan bas.
Cuaca
Kota Bharu mudah dilanda banjir, terutamanya pada musim tengkujuh. Gambar-gambar foto
banjir di Kota Bharu telah saya tangkap apabila saya melawat bandar itu ketika banjir.