Tumpat (GPS: 6.19852, 102.16941) ialah sebuah daerah lebih kurang 15 km ke utara Kota Bharu di Kelantan. Ia adalah terminal untuk Keretapi Pantai Timur yang menghubungkan Kelantan dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Tumpat terletak di sebuah kawasan yang rata dan merangkumi beberapi pulau yang berada di muara sungai.
Suatu tarikan utama untuk pelawat ke Tumpat ialah kuil-kuil Buddha Thai yang ada di situ. Antara yang paling terkenal ialah Wat Phothivihan di Kampung Beruk, Tumpat. Ia mempunyai patung Buddha berbaring yang paling besar di Asia Tenggara.
Lokasi tempat di Tumpat dalam peta
Tempat-tempat menarik di Tumpat
Istana Bukit Tanah (GPS: 6.19217, 102.16489) Residence of the Sultan of Kelantan when in Tumpat. It is believed to have been built in 1910 on a three-acre site.
Pantai Sri Tujuh: (GPS: 6.21762, 102.1288) The tujuh here refers to the seven lagoons that are found along the coast. This beach is the site of the annual Malaysian International Kite Festival.
Wat Phothivihan: (GPS: 6.13025, 102.13738) Thai Buddhist temple with the longest reclining Buddha in the country.
Wat Machimmaram (GPS: 6.18635, 102.10831)
Wat Prachumthat Chanaram (GPS: 6.18635, 102.10831)
Bagaimana pergi ke Tumpat
Dari Kota Bharu, guna Jambatan Sultan Yahya untuk menyeberangi Sungai Kelantan. Kemudian, pandu sepanjang Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor (Laluan 134) hingga Kampung Bendang, dan kemudian ikut Laluan D23. Ikut sahaja papan tanda untuk sampai di Tumpat.