Hotel Stripes Kuala Lumpur dengan bangganya mengadakan bufet Ramadhannya yang pertama sekali, meraikan hidangan kawasan kejiranan Jalan Kamunting. Dengan bertemakan Festive Celebration, bufet ini menyajikan masakan tradisional Melayu dari warung-warung berdekatan. Antaranya masakan Melayu yang sudah dikenali ramai di kawasan persekitaran Jalan Kamunting yang pasti memuaskan selera kalangan ramai.
Antara hidangan yang disajikan di bufet ini termasuk rendang, assam pedas dan gulai ayam dari Capitol Café; pasembor dan mee rebus dari Abu's; sup ekor, sup ayam dan murtabak kambing dari MMZ; dan tidak ketinggalan, mee mamak yang sungguh enak dari Cowboy's. Pada bulan Ramadhan Al Mubarak, kafe The Snug berubah menjadi destinasi menjamu selera untuk hidangan-hidangan ini.
Tempahan
Festive Celebration diadakan dari 27hb Mei hingga 23hb Jun, 2017, dari 7:00pm hingga 10:00pm. Harga yang ditetapkan adalah RM80 bersih setiap orang, termasuk 6% GST. Untuk membuat tempahan, sila hubungi Hotel Stripes Kuala Lumpur pada talian +603 2038 0000 atau emel hsklguestservices@ytlhotels.com.my
Tinjauan bufet Festive Celebration
Saya dan isteri saya telah berpeluang menikmati bufet Ramadhan Festive Celebration atas jemputan Hotel Stripes Kuala Lumpur pada 15hb Jun, 2017. Oleh sebab kami ingin menangkap gambar hidangan yang disediakan sebelumnya tetamu yang lain tiba, kami telah b bercadang tiba awal sedikit. Akan tetapi, apabila kami tiba di kafe The Snug, didapati para tetamu tiba lebih awal lagi! Oleh itu, kami pun dengan tergesa mula menangkap gambar hidangan-hidangan yang disajikan sebelum bersiap sedia untuk menikmati bufet ini.
Hotel Stripes Kuala Lumpur telah mengambil keputusan untuk meraikan masakan Melayu dari warung-warung di sekitaran kawasan Jalan Kamunting yang sudah mengukir nama untuk masakan Melayu. Dengan mengumpulkan hidangan dari pelbagai warung terkenal, Hotel Stripes menjadi destinasi sehenti untuk pengalaman Ramadhan yang unik.
Makanan di bufet ini, tak syak lagi, sungguh sedap. Kami pun lekas menjamu selera sebelum rasa kenyang tiba. Saya amat seronok menikmati satay, rendang dan "ban cien koay". Selain masakan savouri, terdapat juga pelbagai pastri dari hotel ini, termasuk red velvet dan macaroon. Saya juga meluangkan ruang perut untuk buah-buahan dan aiskrim.
Festive Celebration merupakan suatu pengalaman bufet yang amat menenangkan hati buat saya dan isteri. Kami akan berterimakasih kepada Hotel Stripes Kuala Lumpur atas peluang menikmatinya.
Satay tengah disiapkan untuk Festive Celebration (15 Jun, 2017)
Pelbagai kuih-muih, pisang goreng dan dodol pada Festive Celebration (15 Jun, 2017)
Hidangan dari Capitol Café di Festive Celebration (15 Jun, 2017)
Para tetamu pada stesen makanan Festive Celebration (15 Jun, 2017)
Saya pun menikmati bufet Ramadhan Festive Celebration (15 Jun, 2017)
Kembali ke laman utama Hotel Stripes Kuala Lumpur
Kenali Hotel Stripes Kuala Lumpur, satu daripada hotel mewah YTL Hotels dari koleksi Autograph Collection.