Kuantan (Jawi: كوانتن; GPS: 3.81955, 103.33225) ialah ibu negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak di kuala Sungai Kuantan. Bandaraya dengan jumlah penduduk 607,778 orang ini adalah bandaraya ke-9 besar di Malaysia.
Kuantan dipercayai telah diasaskan pada tahun 1850-an. Pada ketika itu, terdapat sebuah kampung di sini dengan nama Kampung Teruntum. Tempat ini hanya dipilih untuk dijadikan ibu negeri Pahang selewat 1955, apabila pihak British memindahkan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis. Lokasinya di persisiran pantai menjadikannya sesuai sebagai ibu negeri. Lagipun ia dekat dengan bandar diraja Pekan. Sejak dipilih menjadi ibu negeri, Kuantan telah membangun dengan pesat menjadi bandar terbesar di Pahang.
Location of Sights in and around Kuantan on the map
Sungai Kuantan Promenade at Riverfront Park (31 Disember, 2006)
Kuantan pada Google Maps Street View
Pergi ke Kuantan
Kebanyakan orang memandu kereta ke Kuantan. Bandaraya ini dihubungkan kepada Pantai Barat menerusi Lebuhraya Karak Expressway yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur kepad Johor dan Terengganu. Terdapat juga penerbangan ke Kuantan dari Kuala Lumpur menerusi Penerbangan Malaysia. Firefly mengadakan penerbangan antara Kuantan dengan Singapura empat kali seminggu.
Pantai berbatu di Batu Hitam di Beserah, Kuantan https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kuantan#/media/File:Kuantan_City_Center.jpg Only Truth
Meneroka Kuantan
Oleh sebab sistem pengangkutan awam di Kuantan agak terhad, adalah paling mudah memandu kereta sendiri ataupun menaiki teksi ataupun menyewa kereka semasa meneroka Kuantan.