Petua Melawat Melaka ditulis untuk membekalkan anda dengan maklumat berguna untuk merancang lawatan ke Melaka. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah (Jawi: ﻣﻼﻙ بندراي برسجاره) adalah sebuah negeri yang berada di bahagian selatan daripada Kuala Lumpur. Ia dianggap tempat asas untuk tamaddun Melayu, apabila kesultanan Melayu yang paling gemilang muncul di sini pada abad ke-15. Bandar Melaka hari ini dianggap bandaraya bersejarah, dan diiktiraf oleh UNESCO pada 7hb Julai, 2008, sebagai Tapak Warisan Dunia, atas tema "Bandaraya Bersejarah Selat Melaka", bersama-sama dengan bandaraya George Town.
Bandaraya Melaka adalah ibu negeri Melaka. Negei Melaka mempunyai keluasan 1,652km persegi. Ia antara negeri yang lebih kecil di Malaysia. Jumlah penduduknya 600,000.
Melaka merupakan suatu tempat yang penuh bersejarah. Sambil meneroka negeri ini, anda akan menemui masjid, tokong, kuil dan kubu yang tertua di Malaysia. Banyak daripada tempat bersejarah Melaka telah dibaikpulih walaupun ada kalanya proses pemuliharaan menjadi keterlaluan.
Tarian budaya di Taman Mini Malaysia (15 November, 2009)
Pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah
Pelawat ke Melaka boleh memandu ke sana. Pusat bandar adalah lebih kurang 1½ hingga 2 jam dari Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan trafik. Walaupun Melaka mempunyai lapangan terbang, ia tidak digunakan untuk sebarang penerbangan tetap. Dari Lebuhraya Utara Selatan (E2), susur keluar pada Persimpangan Ayer Keroh (Exit 231). Dari sana, teruskan ikut Lebuhraya Ayer Keroh Highway (nama lebuhraya tidak ditunjukkan pada papan tanda), pandu ikut papan tanda Bandaraya Melaka.
Jarak Melaka dan kadar tol (April 2009) adalah 80 km dari Seremban (tol RM9.30), 146 km dari Kuala Lumpur (RM20.60, dari Damansara), 349 km dari Ipoh (RM46.10 dari Ipoh Selatan), 513 km dari Pulau Pinang (RM62.90, dari Juru), 606 km dari Alor Setar (RM74.30 dari Alor Setar Selatan) dan 651 km dari Kangar (RM77.50 dari Jitra). Dari arah selatan, Malacca adalah 224 km dari Johor Bahru (RM27.70 dari Tambak Johor dan RM39.90 dari Tanjung Kupang). Masa memandu adalah lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur, dan 2½ jam dari Johor Bahru.
Jalanraya di Melaka (9 Julai, 2005)
Meneroka Bandaraya Bersejarah Melaka
Bahagian Tapak Warisan Dunia Melaka cukup kecil untuk diterokai dengan berjalan kaki. Anda boleh mengambil beca Melaka untuk makan angin. Pastikan tambang dipersetujui sebelum naiki beca.
Pameran alat-alat sembayang di Muzium Chitty (10 Julai, 2005)