Makam Hang TuahMakam Hang Tuah (16 September, 2016)


English

Makam Hang Tuah (GPS: 2.2179, 102.15862) adalah kubur yang didakwa kubur pahlawan Melayu yang paling gagah dari zaman Kesultanan Melaka. Ia terletak di Tanjung Kling, di tapak yang agak dekat dengan laut (Saya berkata demikian, kerana saya nampak laut dari pintu masuk makam itu). Kawasan makam diperkemaskan dengan rapi. Terdapat papan tanda yang memberi interpretasi berkenaan petualangan Hang Tuah.

Reka bentuk Makam Hang Tuah anehnya mencerminkan senibina India Selatan. Ia mengingatkan saya kepada makam-makam tua, antaranya Makam Kapitan Keling di Pulau Pinang. Lokasinya di Tanjung Kling, yang mungkin mendapat namanya kerana wujudnya penempatan orang India pada suatu ketika dahulu, membuat kesahihan yang ini makam Hang Tuah agak mencurigakan.

Terdapat kontroversi berkenaan kesahihan kubur ini, sebab menurut Hikayat Hang Tuah Hang Tuah hilang segitu sahaja tanpa dapat dikesan, manakala Sejarah Melayu versi Shellabear menyatakan yang Hang Tuah mati dan dikebumikan di Tanjung Kling. Sama ada kubur di Tanjung Kling kubur Hang Tuah adalah sesuatu yang masih dipertikaikan.

Dari papan tanda di tapak makam, saya mengenali petualangan dan riwayat hidup Hang Tuah. Saya difahamkan yang ayahnya bernama Hang Mahmud manakala ibunya bernama Deng Merdu Wati. Hang Tuah dikatakan telah meninggalkan Bentan untuk menetap di Melaka untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Di Melaka, keluarganya telah menetap di Kampung Duyung. Pengajaran awalnya berupa kelas membaca Quran dan bahasa Jawa.

Kehebatan Hang Tuah mula terbukti dalam tahun-tahun remajanya, apabila beliau dan rakan-rakan beliau mempamerkan keberanian dalam melawan lanun yang berkeliaran di Selat Melaka. Rakan-rakan Hang Tuah telah membantunya menggali Perigi Hang Tuah, yang masih wujud hari ini di Kampung Duyang.

Adakah Hang Tuah wujud?

Beberapa minggu selepas melawat Makam Hang Tuah, I membaca buku bertajuk Antara Sejarah dan Mitos, oleh profesor sejarah UKM, Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam, yang memberi jawapan kepada dua soalan hangat iaitu, "Adakah Hang Tuah wujud?" dan "Adakah dia orang Cina?" Sila baca ulasan saya kepada buku Dr Amat.

Adakah Hang Tuah wujud?


Details

Makam Hang Tuah is on the map of Malacca



Makam Hang TuahMakam Hang Tuah (16 September, 2016)


Makam Hang TuahGerbang masuk Makam Hang Tuah (16 September, 2016)


Makam Hang TuahGerbang ke Makam Hang Tuah (16 September, 2016)


Makam Hang TuahTanah perkuburan Muslim di Makam Hang Tuah (16 September, 2016)


Makam Hang TuahBatu tanda di gerbang masuk Makam Hang Tuah (16 September, 2016)


Makam Hang TuahPandangan depan Makam Hang Tuah (16 September, 2016)

Makam Hang Tuah pada Google Maps Street View

Makam Hang Tuah

Senarai Makam di Melaka dan Makam di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.