Petua Melawat Kuala KangsarPetua Melawat Kuala Kangsar (31 Januari, 2006)


English

Kuala Kangsar (GPS: 4.77352, 100.94169) ialah Bandar Diraja untuk Negeri Perak. Sebagai destinasi pelancongan, ia terkenal sebagai lokasi untuk Masjid Ubudiah, satu-satunya masjid yang paling indah di Malaysia.

Kuala Kangsar terletak di bahagian Sungai Perak di mana ia membelok dengan tajam. Di sebelah tebing barat Sungai Perak ialah kuala untuk Sungai Kangsar, dari mana bandar ini mendapat namanya. Kuala Kangsar merupakan sebuah bandar kecil yang indah dan kemas. Ia mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang indah, termasuk antara istana dan masjid yang paling indah di negara ini.

Lokasi tempat di Kuala Kangsar dalam peta

Tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar

  1. Al-Ghufran Makam Diraja Perak: Tanah perkuburan kerabat diraja Perak. (GPS: 4.7646, 100.95052)

  2. Istana Iskandariah: Tempat bersemayam Sultan Perak. (GPS: 4.76211, 100.95454)

  3. Istana Kenangan: Istana kayu yang kini menjadi Muzium Diraja Kuala Kangsar. (GPS: 4.76024, 100.95577)

  4. Istana Ulu: Muzium yang mengandungi galeri diraja. (GPS: 4.76665, 100.9479)

  5. Jambatan Iskandar: Jambatan merentangi Sungai Perak. (GPS: 4.81831, 100.9639)

  6. Kolej Melayu Kuala Kangsar: Sekolah unggul untuk kanak-kanak Melayu. (GPS: 4.77595, 100.93856)

  7. Masjid Ubudiah: Satu-satunya masjid yang paling indah di negara ini. (GPS: 4.7642, 100.9509)

  8. Masjid Ridzuaniah: Mosque yang terletak berdekatan pokok getah yang pertama. (GPS: 4.77504, 100.94018)

  9. Pavilion Polo Iskandar: Menara berbentuk oktagon di Kuala Kangsar. (GPS: 4.77442, 100.93905)

  10. Pokok Getah Yang Tertua di Malaya: Satu-satunya pokok getah pertama ditanam di negara ini. (GPS: 4.77451, 100.94097)

  11. Sayong: Kampung berdekatan Kuala Kangsar yang masyhur untuk labu air keluarannya. (GPS: 6.435766, 100.190755)

  12. Jambatan Sultan Abdul Jalil: New bridge across the Perak River. (GPS: 4.77871, 100.94598)

  13. Victoria Bridge: Iron bridge built by the British across the Perak River. (GPS: 4.83709, 100.9622)

Kategori tempat di Kuala Kangsar


Kuala antara Sungai Kangsar dengan Sungai PerakKuala antara Sungai Kangsar dengan Sungai Perak (31 Januari, 2006)

Kuala Kangsar pada Google Maps Street View

Pandangan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar

Bagaimana pergi ke Kuala Kangsar

Dengan kereta
Cara paling mudah untuk sampai ke Kuala Kangsar adalah dengan kereta. Susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan (E1) pada Exit 143.

Dengan keretapi
Perkhidmatan Keretapi Elektrik KTM berhenti di Stesen Keretapi Kuala Kangsar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, ke Butterworth.

Bandar berdekatan Kuala Kangsar


Timothy Tye di Istana Ulu, Kuala KangsarTimothy Tye di Istana Ulu, Kuala Kangsar (31 Januari, 2006)

Sejarah Kuala Kangsar

Nama Kuala Kangsar dipercayai berasal dari "Kuala Karong-Sa" yang bermakna "99 anak sungai". Ini merujuk kepada anak-anak sungai yang mengalir masuk ke Sungai Perak. Pada lengkungan di Sungai Perak, Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah (1877-1887) telah mendirikan istananya iaitu Istana Sri Sayong. Ia boleh dikatakan keputusan yang sukar difahami, memandangkan istana tersebut terdedah kepada serangan musuh dan juga sungai yang sukar dijangka laluannya.

Walaupun istana tersebut tidak pernah diserang mana-mana pihak, ancamannya datang dari alam semulajadi, apabila Air Bah tahun 1926 hampir-hampir menghanyutkannya. Peristiwa itu telah mendorong keputusan untuk memindahkan istana ke tanah yang lebih tinggi. Tapak baru ialah sebuah anak bukit yang berdekatan. Di bukit ini terdirinya Istana Iskandariah, sebuah istana dalam rekabentuk Art Deco yang menjadi tempat bersemayam Sultan Perak buat masa sekarang.

Kawasan diraja Kuala Kangsar termasuk Istana Iskandariah, Istana Ulu, Masjid Ubudiah dan Istana Kenangan. Kesemuanya pada bahagian Kuala Kangsar di sekeliling anak bukit yang digelar Bukit Chandan yang terletak berasingan dengan bandar Kuala Kangsar dengan sebuah taman bergelar Dataran Sungai Perak antara kedua-duanya.

Pavilion Polo Iskandar, Kuala KangsarPavilion Polo Iskandar, Kuala Kangsar (31 Januari 2006)


Menara Jam Kuala KangsarMenara Jam Kuala Kangsar (31 Januari 2006)

Kronologi Tapak Warisan Kuala Kangsar

Berikut tarikh siap beberapa mercu tanda di Kuala Kangsar:

1877 - Pokok getah yang pertama di Malaya telah ditanam.
1903 - Istana Ulu siap dibina.
1905 - Kolej Melayu Kuala Kangsar dibuka.
1917 - Masjid Ubudiah siap dibina.
1926 - Istana Iskandariah dan Istana Kenangan dibina.
1930 - Pavilion Polo Iskandar dibina.

Pada seberang Sungai Perak dari Kuala Kangsar ialah kampung Sayong yang terkenal dengan labu airnya.

Air pancut labu sayong di Istana Ulu, Kuala KangsarAir pancut labu sayong di Istana Ulu, Kuala Kangsar (31 Januari, 2006)

Kuala Kangsar adalah dalam peta Negeri Perak

Senarai Bandar di Perak and Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.