Makam Diraja Perak (GPS: 4.7646, 100.95052), yang juga dikenali dengan nama Tanah Perkuburan Diraja Al-Ghufran, terletak di Bukit Chandan, di sisi Masjid Ubudiah. Di sini terdapatnya makam untuk kerabat diraja Perak, termasuk Sultan Abdullah, yang telah dibuang negeri dari Perak kerana penglibatan baginda dalam pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak.
Sultan Abdullah dibuang negeri selama enam belas tahun sebelum diberi pengampunan dan dibenarkan kembali ke Kuala Kangsar, di mana baginda menghabiskan hayatnya. Setelah mangkat, baginda diperkuburkan di Makam Diraja Al-Ghufran.
Al Ghufran Makam Diraja Perak, Kuala Kangsar (31 January, 2006)
Al-Ghufran Makam Diraja Perak adalah dalam peta Kuala Kangsar