Belachan Udang Kak Chik (GPS: 6.36975, 100.14262) ialah sebuah warung menjual belacan di persisiran pantai Perlis. Warung ini terletak di tepi Laluan Negeri 152, berdekatan persimpangan ke Kampung Kurung Tengar. Belacannya dibuat di warung itu. Saya dan isteri saya telah nampak warung ini ketika kami meneroka kawasan persisiran pantai Perlis, dan kami pun singgah sebentar di sini.
Kami berjumpa dengan Kak Chik sendiri, sebab dia sibuk menjemur belacan. Seperti yang dijangka, tempat ini kuat berbau belacan, tapi kami dapat juga bertahan. Di warung, kami dapati belacan dijual dalam pek-pek kecil. Isteri saya pun membeli beberapa pek untuk dibawa pulang.
Bagi makluman anda, kami terpaksa membuang kesemua belacan itu kemudiannya. Isteri saya dapati yang belacan ini tidak sesuai digunakannya sebab ia mengandungi terlampau banyak sisa kekotoran. Lain kali kami akan lebih berhati-hati sebelum membeli apa-apa di tengah jalan.
Kak Chik tengah menjemur belacan. (30 Julai, 2016)
Belacan udang Kak Chik yang dijual. (30 Julai, 2016)
Satu pek belacan udang Kak Chik. (30 Julai, 2016)
Isteri saya tengah membeli belacan dari Kak Chik. (30 Julai, 2016)
360° View of Belachan Udang Kak Chik on Google Maps Street View