Balik Pulau (GPS: 5.35067, 100.23478), (Penang Hokkien: Pu3lor2) ialah daerah dan bandar utama di sebelah barat-daya Pulau Pinang. Nama Balik Pulau adalah singkatan untuk "di sebalik pulau". Kawasan ini mula-mula diasas oleh seorang bernama Lebai Tampai yang datang dari Deli di sebelah utara Sumatra.1 Hari ini, Balik Pulau mempunyai kawasan sawah padi yang tunggal di Penang Island, walaupun kemungkinan untuk jangkamasa pendek sahaja lagi.
Balik Pulau lazimnya destinasi pelawat tempatan kerana ia adalah tempat untuk membeli buah-buahan. Orang Penang gemar datang ke sini untuk menikmati durian. Ada yang mengatakan bahawa durian dari Balik Pulau adalah yang paling enak di Malaysia.
Selain daripada durian, Balik Pulau juga terkenal dengan buah pala, dan baru-baru ini, terdapat beberapa tarikan terkini yang telah muncul di daerah ini. Antara tarikan Balik Pulau termasuk Countryside Stables, Saanen Goat Farm and Pantai Malindo.
Peta Balik Pulau
Tempat Penginapan di Balik Pulau
Malihom Private Estate Hotel (GPS: 5.31928, 100.22691)
Baru-baru ini, Balik Pulau telah mengais nama sebagai destinasi makanan tempatan. Yang paling popular termasuk Laksa Balik Pulau dan Pasembur di Pasar Awam Balik Pulau, Laksa Janggus di Kampung Perlis dan Mee Hokkien di Kampung Kuala Jalan Bahru.
Di bukit-bukau sekeliling Pekan Balik Pulau (yang juga dikenali dengan nama Kongsi) terdapat ladang buah pala dan bunga cengkih, selain ladang durian dan dusun buah-buahan. Bunga cengkih dan buah pala diperkenalkan ke Balik Pulau oleh Syarikat Hindia Timur pada tahun 1794, setelah pihak British mengasas penempatan di Pulau Pinang.
Pemandangan panoramik kawasan Balik Pulau area dari Jalan Tun Sardon (9 Mei, 2004)
Pada asalnya sebuah desa yang sunyi-sepi, Balik Pulau telah mengalami pembangunan pesat dalam tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan perkembangan bandaraya Pulau Pinang merangkumi seluruh pulau. Jalanraya yang menghubungkan Balik Pulau ke bahagian pinggir timur Pulau Pinang juga telah dinaiktaraf dengan terbinanya beberapa jambatan yang memudahkan perhubungan.
Melawat ke Balik Pulau
Untuk melawat ke Balik Pulau, guna Jalan Tun Sardon dari Paya Terubong, ataupun Laluan Persekutuan 6 (yang mengelilingi pulau) dari Sungai Pinang di sebelah utara atau Teluk Kumbar di sebelah selatan. Jejambat di simpang Permatang Damar Laut menghala ke Bayan Lepas juga membolehkan perjalanan licin antara Balik Pulau dengan pusat bandaraya.