Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (GPS: 5.41886, 100.34407) adalah sebuah bangunan komersil bertingkat di George Town, Pulau Pinang. Ia terletak di persimpangan Pesara King Edward dan Lebuh Pantai. Bangunan 13-tingkat ini menduduki tapak yang sebelumnya diduduki oleh pejabat kerajaan yang telah termusnah atas pengeboman Angkatan Tentera Bersekutu pada tahun 1945. Baki bangunan kerajaan yang masih ada sekarang dikenali sebagai Bangunan Majlis Islam Pulau Pinang. Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang adalah satu-satunya bangunan bertingkat di bahagian dalaman bandaraya George Town. Ia dibina sebelum kawasan dalam bandaraya dianugerah gelaran Tapak Warisan Dunia dan had tinggi ditetapkan.
Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang paling dikenali sebagai premis Lembaga Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang. Ia menghala kepada Bulatan Lebuh Light dengan Tugu Buah Pinang.
Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (21 Ogos 2011) Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, George Town (5 Jun 2010)
The Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, dilihat dari tempat letak kereta Bangunan Tuanku Syed Putra (25 Januari 2013)