Di Bufet Iftar Ramadan The Wembley bersama Karen Chee (kiri) dan Alverna Yong (kanan), dan blogger (dari kiri ke kanan) Sha & son, Farah dan Nina. (26 Mei, 2017)
Untuk meraikan bulan Ramadan yang mulia, The Wembley melancarkan Bufet Iftar Ramadhannya di Wembley Café. Bufet ini akan diadakan dari 8hb June hingga 22hb Jun, dari 7:00pm hingga 10:00pm. Harganya adalah RM118 bersih (dewasa), RM59 bersih (kanak-kanak) dan RM83 bersih (warga emas).
Tempahan
Untuk membuat tempahan kepada bufet ini, sila hubungi The Wembley pada +604 259 8000.
Tinjauan Bufet Iftar Ramadhan The Wembley
Saya dan isteri saya telah berpeluang menikmati Bufet Iftar Ramadhan The Wembley pada 26hb Mei, 2017 atas jemputan hotel tersebut. Setibanya kami di hotel pada 6:15pm, kami dapati sajian sedang disiapkan, tetapi rakan-rakan blogger kami Sha, Farah dan Nina pun sudah sampai. Kami pun mengambil kesempatan untuk menangkap gambar berkumpulan bersama pasukan komunikasi The Wembley, iaitu Cik Karen Chee dan Cik Alverna Yong. Saya terasa amat gembira berpeluang bertemu dengan pengurus restoran Wembley Cafe iaitu Alvin Tan sekali lagi.
Banyaknya hidangan yang sedap-sedap pada bufet ini. Antaranya terdapat Udang Lipan Telur Masin, Kambing Korma, Daging Rendang, Ayam Masak Madu, Kari Kepala Ikan Salmon, Sup Gearbox dan Nasi Briyani. Walaupun ini adalah bufet Ramadhan, juga terdapat sajian antarabangsa, oleh itu, kami juga berpeluang menikmati Sushi, Sashimi, Daging Sejuk dan berjenis-jenis keju.
Satu daripada masakan kegemaran saya pada malam tersebuat ialah hidangan itik dan ayam tumis yang disediakan oleh Sous Chef Owen Oh. Beliau telah menghidangkannya terus ke meja saya. Daging kedua-dua itik dan ayam sungguh lembut dan amat lazat dimakan bersama halia cincang dan sos cili khas. Wah, ini satu-satunya hidangan yang menjadi kenangan buat saya.
Kami berdua amat seronok menikmati bufet Ramadan di The Wembley. Alangkah baik kalau perut besar sedikit, baru dapat makan lebih. Ada banyak hidangan yang tak sempat saya makan kerana sudah terlampau kenyang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada The Wembley kerana sudi menjemput kami ke bufet ini.
Saya bersama hidangan bufet Iftar Ramadhan The Wembley. (26 Mei, 2017)
Sous Chef Owen Ho di gerainya. (26 Mei, 2017)
Chef Owen dan saya bersama hidangan itik dan ayam tumis. (26 Mei, 2017)
Hidangan itik dan ayam tumis bersama telur dan taukua. (26 Mei, 2017)
Barangan goreng. (26 Mei, 2017)
Pizza Daging. (26 Mei, 2017)
Ulaman bersama sambal dan telur masin. (26 Mei, 2017)