Bukit Bendera ialah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Ia terdiri daripada gugusan batu granit yang berada di bahagian tengah Pulau Pinang dan mencapai ketinggian 833 meter (2723 kaki) di Western Hill. Selain Western Hill, kemuncak-kemuncak lain yang merupakan sebahagian daripada Bukit Bendera termasuk Bukit Laksamana, Tiger Hill, Bukit Bendera and Bukit Kerajaan. Nama Bukit Bendera sebenarnya merujuk kepada lokasi stesen keretapi bukit pada ketinggian 735 m (2450 kaki) atas aras laut. Tempat ini digelar Flagstaff Hill oleh orang British, sebab disinilah bendera British dikibarkan sebagai tanda isyarat tibanya penghantaran mel.
Lokasi tempat-tempat di Bukit Bendera
Tempat-tempat di Bukit Bendera
Berikut beberapa tempat yang dapat anda terokai di Bukit Bendera.
Kebanyakan orang menaiki keretapi bukit untuk sampai ke kemuncak Bukit Bendera. Segelintir pula menaiki jip ataupun mendaki.
Keretapi Bukit Bendera (26 Januari, 2012)
Bukit Bendera (26 Januari, 2012)
Berita Terkini Bukit Bendera
8 Januari, 2020
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk memulakan projek Kereta Kabel Bukit Bendera pada hujung tahun ini. Sistem kereta kabel ini akan menghubungkan Bukit Bendera kepada Kebun Bunga Pulau Pinang.
11 Oktober, 2020
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pada Bajet 2020, RM100 juta telah diperuntukkan untuk project Kereta Kabel Bukit Bendera.
Kalau anda pergi dengan kereta, tempat meletak kereta yang utama ialan Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera. Bayaran meletak kereta di sini agak tinggi. Sejak Februari 2017, harganya RM2 untuk jam pertama dan RM1 untuk jam seterusnya, dari hari Isnin hingga Jumaat, dan RM3 untuk jam pertama dan RM1 untuk jam seterusnya, untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am.
Apabila saya melawat Bukit Bendera pada Februari 2017, terdapat kadar rendah untuk pemegang MyKad, jika anda tiba sebelum 9:00am pagi. Ini laku untuk setiap kategori pelawat tempatan, tetapi tidak sah semasa cuti sekolah.
Kadar MyKad untuk pelawat awal ke Bukit Bendera (4 February, 2017)
Bayaran Meletak Kereta di Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (4 Februari, 2017)
28 November, 2012
Sebuah bumbung kanopi dibina antara Stesen Bawah dan laluan untuk melindungi pelawat dari keadaan cuaca. Oleh sebab itu, kawasan laluan di Stesen Bawah ditutup.
12 November, 2012
Oleh sebab kerja pembinaan di Stesen Bawah Bukit Bendera, kawasan laluan akan ditutup dari November 2012 hingga Jun 2013. Untuk keterangan lanjut, orang awam boleh menghubungi 04-828 8880, 04-828 8839 dan 04-828 8861.
26 Januari, 2012
Sebuah medan selera yang baru, yang bernama Astaka Bukit Bendera, telah dibuka. Ia juga dipanggil Cliff Cafe dalam Bahasa Inggeris.
Adalah dipercayai bahawa Kapten Francis Light merupakan orang pertama membuka laluan kuda ke atas Bukit Bendera, pada tahun 1788. Laluan ini bermula dekat Air Terjun Kebun Bunga. Bukit Bendera telah mula-mula dibangunkan oleh Orang British untuk mengelakkan suhu tinggi di tanah rendah. Oleh sebab tanah rendah kerap berlaku malaria, Bukit Bendera menjadi pilihan sebagai tempat pemulihan. Sebuah pusat pemulihan telah dibina di Mount Hygeia untuk pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kawasan itu mempunyai udara yang nyaman, kurang lembap, dan paling mustahak, tiada malaria.
Lambat laun, beberapa jabatan kerajaan juga membina banglo untuk pegawai atasan mereka. Bahagian utara Bukit Bendera tidak berapa dibangunkan. Tempat-tempat seperti Bukit Kerajaan dan Bukit Timah dikhaskan sebagai kawasan tadahan air, dan oleh itu, tiada pembangunan dibenarkan di sana.
Gerbang ke Bel Retiro, rumah peranginan untuk Yang diPertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia. (5 Mac, 2005)
Semasa zaman penjajahan, terdapat satu bentuk pengasingan kaum di Bukit Bendera. Harta yang paling berprestij masa itu ialah Bel Retiro yang dibina pada tahun 1800 sebagai tempat peranginan pegawai tinggi kerajaan dan orang kenamaan. Ia merupakan tempat percutian kegemaran Yang di-Pertuan Agong yang pertama apabila baginda melawat Pulau Pinang. Berlandaskan prinsip berdekatan bermakna bersebelahan dengan kebesaran, maka pegawai-pegawai kanan turut membina banglo mereka seberapa hampir dengan Bel Retiro. Pada zaman penjajahan, tidak sesiapa yang bukan berkulit putih yang dibenarkan membina kediaman lebih atas dari Stesen Viaduct. Dua orang tempatan yang berkemampuan membina rumah mereka terdeka dengan harta orang Eropah adalah Khoo Sian Ewe dan Chee War Lock, kedua-duanya Pesuruhjaya Perbandaran.
Seperti gaya hari ini untuk memiliki kondominium mewah, pada awal abad ke-20, menjadi gaya masa untuk memiliki banglo di Bukit Bendera. Banyak daripada bangunan milik hartawan Cina dibegi nama yang berunsur Barat, contohnya Mon Sejour, Dolce Domum, Fairmont dan Grace Dieu.
Bellevue Hotel, Bukit Bendera (3 Mei, 2005)
Mendaki merupakan aktiviti yang popular di Bukit Bendera. Terdapat sejumlah 5 kilometer jalan berturap di Bukit Bendera. Jalan ini dipanggil "trek jip" dan dikhaskan untuk kegunaan penduduk bukit sahaja. Bagi mereka yang mendaki, hentian yang paling popular ialah hentian bernombor 52 dan 84. Di tempat-tempat ini, para pendaki dapat menjamu kehausan dengan minuman yang telah disediakan oleh sukarelawan.
Terdapat beberapa laluan untuk mendaki Bukit Bendera. Antaranya termasuk laluan dari Moongate, satu lagi dari bahagian dalam Kebuh Bunga, satu lagi dari Empangan Air Itam ke Tiger Hill, satu dari Hye Keat Estate dan satu lagi dari Taman Belia.
Periuk kera di Taman Periuk Kera Bukit Bendera (26 Januari, 2012)
Banglo di Bukit Bendera
Bel Retiro: Harta yang paling berprestij di Bukit Bendera