Bas Perantaraan CAT adalah perkhidmatan bas percuma dengan 13 laluan di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Perkhidmatan ini dilancarkan pada 23 Januari, 2009 dengan satu laluan di bahagian dalaman bandaraya George Town. Pada masa itu, "CAT" membawa maksud "Central Area Transit" (Transit Kawasan Tengah). Pada 2018, perkhidmatan bas percuma ini telah diperkembangkan unuk merangkumi 12 laluan tambahan, dan "CAT" diberi erti baharu iaitu Congestion Alleviation Transport (Pengangkutan Pengelakan Kesesakan).
CAT Air Itam (CT 1A & 1B) adalah bas percuma di Paya Terubong dan Air Itam. Ia membuat suatu lingkaran, dengan CAT Air Itam A ikut arah jam dan CAT Air Itam B lawan arah jam.
CAT Bukit Mertajam (CT2) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Terminal Bas Bukit Mertajam.
CAT Balik Pulau (CT3) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Terminal Bas Balik Pulau.
CAT Nibong Tebal (CT4) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Hab Bas Nibong Tebal.
CAT Tanjung Tokong (CT5) adalah bas percuma yang melalui jalanan antara Pulau Tikus dengan Tanjung Tokong.
CAT Batu Kawan (CT6) adalah bas percuma adalah bas yang melalui jalanan antara Has Bas Design Village dengan Stesen Tren Simpang Ampang.
Laluan asal bas CAT membuat 19 hentian di tempat-tempat menarik. Perkhidmatan ini bermula pada 6:00 am pagi hingga 12:00 am malam. Selain kawasan sekeliling Komtar, khidmat shuttle ini melalui jalan-jalan di bahagian zon teras dan zon penampan Tapak Warisan Dunia George Town.