CHI, The Spa at Shangri-La adalah spa yang paling besar dan paling mewah di Pulau Pinang. Ia terletak bersebelahan dengan kolam renang Bahagian Rasa di perkarangan Rasa Sayang Resort. Inilah spa yang membolehkan resort ini dinamakan "Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa." Nama spa ini datangnya dari falsafah Cina berkenaan ch'i. Ia dibuka pada setiap hari dari 10:00am pagi hingga 10:00pm malam, dan tetamu disyorkan membuat tempahan terlebih dahulu.
CHI terdiri daripada sekelompok villa yang dihubungkan dengan lorong menghijau. Bangunan utamanya sebuah struktur tinggi lapan persegi yang dibina daripada balak dan batu.
CHI menawarkan pelbagai jenis rawatan berunsur Cina mahupun Melayu yang dijalankan di satu daripada villanya. Setiap villa di CHI dikelilingi taman yang memberikan suasana tenang dan hijau. Ia dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik mandi dan bilik rawatan. Para tetamu boleh memilih menerima rawatan di dalam villa ataupun di astaka luar.
Alamat
Sebarang pertanyaan ataupun membuat tempahan di CHI, sila hubungi resort pada talian berikut: