Curtis Crest Treetop Walk adalah tarikan utama The Habitat Penang Hill. Ia disiapkan pada tahun 2017, dan merupakan platform pemandangan yang paling tinggi di Pulau Pinang. Tiada platform tontonan yang lebih tinggi daripadanya. Ia begitu tingga sehingga tiada apa-apa lagi di sebelah atas kecuali awan.
Curtis Crest diberi nama sempena pakar botani Inggeris dari abad ke-19 yang bernama Charles Curtis (1853-1928). Beliau merupakan penguasa pertama Kebun Bunga Pulau Pinang.
Curtis Crest terletak 12 meter dari atas bukit, dan berpanjangan 100 meter. Ia membuat pusingan separuh bulat pada ketinggian 820 meter dari aras laut, lebuh kurang seratus meter lebih tinggi daripada Stesen Atas Bukit Bendera.
Dari sudut pandangan ini, pelawat ke The Habitat boleh mendapat pemandangan panorama seluruh Bukit Bendera di bawah kaki mereka. Dari hari cuaca baik, anda boleh memandang sejauh Muka Head dan Laut Andaman.
Atas sebab-sebab keselamatan, Curtis Crest mempunyai kapasiti maksimum pada satu-satu masa. Oleh itu, mungkin paling baik datang pada hari bekerja, agar jumlah pengunjung lebih rendah, dan anda dapat berada di sana lebih lama.
Curtis Crest Tree Top Walk, seperti mahkota di kemuncak Bukit Bendera. (4 Februari, 2017)
Pandangan hutan menghijau di Curtis Crest. (4 Februari, 2017)
Selagi tak rasa gentar, Curtis Crest tempat yang amat menyeronokkan. (4 Februari, 2017)
Pelawat menikmati pemandangan dan menangkap selfie selfie di Curtis Crest Treetop Walk (4 Februari, 2017)
Tangga naik ke Curtis Crest. (4 Februari, 2017)
Bersama saya ialah Encik Allen Tan (kiri), Pengarah Urusan Curtis Crest Treetop Walk (4 Februari, 2017)
Saya dan isteri saya di Curtis Crest Treetop Walk, di mana hutan berada di bawah, awan pula di atas. (4 Februari, 2017)
Curtis Crest Treetop Walk mengasingkan langit dari darat. (4 Februari, 2017)