Kereta Kabel Bukit Bendera adalah sistem kereta kabel yang sudan dirancang untuk menghubungkan Bukit Bendera. Ia merupakan cara alternatif kepada Keretapi Bukit Bendera. Projek ini pertama kalinya diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng apabila beliau membentangkan Bajet 2020 pada 11hb Oktober, 2019. Kata beliau, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM100 juta untuk projek ini.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, projek ini diharap dapat membawa lebih ramai pelawat ke Bukit Bendera. Para pelawat dapat didorong supaya menaiki Bukit Bendera secara sistemaik. Dorongan termasuk insentif untuk menggunakan kereta kabel selepas 6:00pm.
Pada 8hb Januari, 2020, selepas sekali lagi berlakunya kerosakan pada keretapi bukit, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan projek kereta kabel ke Bukit Bendera dengan menghubungkannya kepada Kebun Bunga. Menurut Tuan Chow, antara lapan hingga sepuluh tiang perlu didirikan untuk sistem kereta kabel, dan stesen bawah akan diletakkan di luar Kebun Bunga, berdekatan Kelab Menembak Pulau Pinang.