Bangunan ini, yang terletak di sebelah utara Lebuh Light, pada asalnya digelar Government Office, tetapi kini dimiliki oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang. (4 April, 2010)


English

Lebuh Pantai adalah sebatang jalan raya di George Town, Pulau Pinang. Ia dibina seawal 1786 atau 1787, sejurus selepas pembinaan Lebuh Light. Lebuh Pantai merupakan jalan komersial yang utama George Town sejak penempatan itu diasaskan. Jalan raya ini lebuh tua daripada kebanyakan bandar di Semenanjung termasuk Singapura. Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban kesemuanya belum dibuka apabila Lebuh Pantai dibina. Berlainan dengan Lebuh Light yang amat lurus, Lebuh Pantai dibina agar mengikut persisiran pantai. Hasilnya sebatang jalan yang lengkung. Pada hari ini, kedua-dua Lebuh Light dan Lebuh Pantai bermula di Bulatan Pesara King Edward.

Tempat-tempat sepanjang Lebuh Pantai dalam peta

Hotel di sepanjang Lebuh Pantai

  1. B Street Hotel (GPS: 5.41303, 100.33707)

Bangunan di sepanjang Lebuh Pantai

Bangunan pada sebelah timur Lebuh Pantai mempunyai alamat bernombor ganjil manakala yang di sebelah barat bernombor genap. Bangunan yang ditanda * adalah bangunan yang agak penting manakala yang ditanda ** antara bangunan yang lebih penting.

  1. 72, 70 & 68 Lebuh Pantai

  2. 316, 314, 312, 310 & 308 Lebuh Pantai

  3. 221 & 223 Lebuh Pantai

  4. 224 Lebuh Pantai

  5. 1886 Building (GPS: 5.41715, 100.34171)

  6. Anson Bridge

  7. Ban Hin Lee Bank Building (GPS: 5.41637, 100.34127)

  8. Bangunan Su Hock

  9. Lebuh Pantai Fire Station (GPS: 5.41519, 100.33955)

  10. Gudang Acheh (GPS: 5.41363, 100.33726)

  11. HSBC Building (GPS: 5.41819, 100.3434)

  12. India House (GPS: 5.41737, 100.34245)

  13. Islamic Council Building (GPS: 5.41857, 100.34383)

  14. Khoo Si Toon Keng Tong Kongsi (GPS: 5.41237, 100.33563)

  15. Kongsoon House (GPS: 5.41734, 100.34191)

  16. Logan Heritage Building (GPS: 5.41833, 100.34286)

  17. Old OCBC Building (GPS: 5.41725, 100.34179)

  18. George Town Dispensary (GPS: 5.41659, 100.34158)

  19. Immigration Department (GPS: 5.41899, 100.34366)

  20. PhilipCapital Building (GPS: 5.41706, 100.34216)

  21. Royal Bank of Scotland Building (GPS: 5.41806, 100.3432)

  22. Saw Seng Kew Building (GPS: 5.41752, 100.34254)

  23. Standard Chartered Building (GPS: 5.41859, 100.34328)

  24. Tan Kongsi (GPS: 5.41333, 100.33622) *

  25. The Whiteaways Arcade (GPS: 5.41763, 100.34225)

  26. Thio Thiaw Siat Building (GPS: 5.41667, 100.3417)

  27. TM Asia Life Building (GPS: 5.41665, 100.34107)

  28. Wonderfood Museum Penang (GPS: 5.41632, 100.34117)

Seni Arca sepanjang Lebuh Pantai

Bangunan bank di sepanjang Lebuh Pantai

Muzium di sepanjang Lebuh Pantai

Kedai Kopi dan Restoran di sepanjang Lebuh Pantai

Perniagaan di sepanjang Lebuh Pantai

Tempat Letak Kereta di sepanjang Lebuh Pantai


Di depan Kedai Ghee Hiang, jelas kelihatan perubahan lebar pada Lebuh Pantai. (5 July, 2008)

Maklumat terkini berkenaan Lebuh Pantai

21 September, 2013: Sebahagian Lebuh Pantai antara Lebuh Downing dengan Lebuh Gereja akan ditutup untuk kegunaan pejalan kaki pada setiap hari Ahad untuk aktiviti Occupy Lebuh Pantai Project.

Sejarah Lebuh Pantai

Lebuh Pantai adalah antara jalan raya yang paling tua di Malaysia. Sejarahnya lebih mudah difahami dan dinikmati kalau anda berjalan sepanjangnya dari utara ke selatan, bermula dari Menara Jam Peringatan Ratu Victoria sampai ke Sia Boey.

Gat-gat di Lebuh Pantai

Lewat Abad ke-18 hingga pertengahan Abad ke-19
Lebuh Pantai ada asalnya merupakan jalan persisiran pantai. Ini mungkin dirasakan ganjil, memandangkan pantai tidak kelihatan lagi sepanjang Lebuh Pantai hari ini. Pada mula-mulanya, hanya sebelah daripada Lebuh Pantai mempunyai bangunan, yang sebelah lagi pantai dan juga paya bakau yang belum dibersihkan. Kapten Francis Light telah membina beberapa jalan yang bercabang daripada Lebuh Pantai. Pada persisiran laut bertentangan dengan simpang jalan-jalan ini, tangga kecil telah dibina supaya sampan dan perahu mudah berlabuh di situ. Tangga-tangga ini digelar gat, seperti juga gat yang terdapat di bandaraya Varanasi di India. Gat-gat ini telah dirombak pada lewat abad ke-19, apabila kerja penambakan dijalankan untuk melanjutkan pantai ke arah luar.

Gat di Varanasi, kemungkinan serupa dengan gat yang buat satu ketika boleh dijumpai di George Town. (16 November 2004)


Hasil penambakan ialah kawasan baru yang sebelumnya laut, di sebelah timur Lebuh Pantai. Gat-gat itu telah digantikan dengan jalan baru yang dibina bertentangan dengan jalan yang sedia ada. Jalan-jalan baru ini mengambil nama jalan yang sedia ada, dengan penambahan perkataan "gat" kepada nama mereka. Contohnya, bertentangan Lebuh Gereja ialah jalan baru yang diberi nama Gat Lebuh Gereja.

Opposite the ghauts, perpendicular to Lebuh Pantai, new roads were built inland. As with the buildings on Lebuh Pantai itself, the earliest structures along these off-roads were of wood and attap. Among them was the Catholic church which gave its name to Church Street, before it moved to Farquhar Street, and is still there, as the Church of the Assumption. The Presbytery of the bishop of the Church of the Assumption gave its name to Bishop Street, which was the closest street off Lebuh Pantai from the European quarter at Lebuh Light.

Masyarakat Cina yang awal mula-mula menetap di kawasan sepanjang Lebuh China. Jalan ini bermula dari tokong mereka, Tokong Kuan Yin dan sampai pada gat di tepi laut. Pada masa itu, tokong mereka menduduki sebuah anak bukit. Dari lokasi itu, dapat dilihat pemandangan laut tanpa sebarang halangan, memandangkan rumah-rumah pada kedua belah Lebuh China adalah rumah atap yang rendah.

Masyarakat Hokkien di Pulau Pinang mengelar bahagian utara Lebuh Pantai sebagai Ang3mor3 Thau3kor4 Kay1, yang bermaksud, jalanraya komersil Eropah. (2 November, 2008) © Timothy Tye

Walaupun secara rasminya, Lebuh Pantai pada masa itu dipanggil Beach Street, masyarakat Cina memberikan nama mereka sendiri kepada bahagian-bahagian tertentu Lebuh Pantai.

Separuh kedua Abad ke-19
Penambakan tanah berlaku di persisiran George Town sepanjang Lebuh Pantai antara tahun 1880 hingga 1904. Penambakan ini telah mengubah wajah Lebuh Pantai secara menyeluruh. Ia tidak lagi jalan di tepi laut, tetapi masih mengekalkan nama asalnya. Antara pertengahan abad ke-19 hingga permulaan abad ke-20, George Town menikmati perkembangan pesat disebabkan oleh kekayaan hasil perlombongan bijih timah. Bijih Timah dari Larut, Perak, telah mendorong perkembangan ekonomi.

Pada masa itu, bijih timah dibawa ke Pulau Pinang untuk dilebur dan kemudiannya diekspot ke Great Britain. Kemakmuran pada itu menghasilkan banyak peluang pekerjaan, dan ini terjadi selaras dengan adanya tenaga buruh yang murah dari Negara China dan India. Penambakan tanah juga menghasilkan kawasan baru untuk dibina presint komersil yang baru.

The yellow pavement at Church Street Ghaut marks the approximate location of the stone steps that led down from Lebuh Pantai to the water's edge during the early 19th century. (12 November 2008)


Pada lewat abad ke-19, bahagian utara Lebuh Pantai sudah dibangunkan sebagai pusat perniagaan George Town. Masyarakat Hokkien pada masa itu menamakan bahagian ini Ang3 Mor3 Thau3 Khor3 Kay1, yang bermakna "Jalan Perniagaan Orang Putih". Bangunan-banguan sepanjang Lebuh Pantai menggunakan bahagian depan sebagai kedai manakala bahagian belakang pula dijadikan gudang. Oleh sebab itu, Lebuh Pantai pada masa itu juga disebut dalam Bahasa Melayu sebagai Jalan Gudang.

Wajah Lebuh Pantai berubah pada simpang Lorong Che Em. Kawasan ini dianggap bermulanya perkampungan India di George Town. Perkampungan India, yang kini digelar Little India, berpusat sepanjang Lebuh Pasar.

Pemandangan Lebuh Pantai dari simpang Lebuh Chulia (12 November, 2008)


Perkampungan Orang India tamat di persimpangan Lebuh Chulia, dari mana bermulanya Kawasan Niaga Orang Cina. Berterusan hingga ke hari ini masih terdapat banyak pejabat perdagangan Cina bersama gudang Orang Cina di sini.

Sebelum pembinaan Lebuh Victoria, yakni sebelum abad ke-20, rumah kedai Orang Cina pada sebelah timur Lebuh Pantai amat panjang, sebab bahagian belakangnya merupakan gudang yang berlanjutan sehingga sampai ke tepi laut. Rumah-rumah kedai yang panjang ini telah dipecah dua apabila Lebuh Victoria dibina.

Dari 1786 hingga ke hari ini, Lebuh Pantai sudah berusia lebih dua ratus tahun, tetapi hampir separuh daripada usia itu, ia kekal tidak berturap. Penurapan Lebuh Pantai hanya bermula pada tahun 1894, itu pun sebahagian yang pendek, antara Lebuh Union dengan Lebuh Bishop. Ia merupakan jalan yang pertama di Pulau Pinang yang diturap. Penurapan menelan belanja yang begitu tinggi sehinggakan penurapan tidak dilakukan lagi selama sepuluh tahun.

The Sia Boey section of Lebuh Pantai (4 December 2008)


Pada masa yang sama, Lebuh Pantai telah diperlebarkan. Perlebaran ini dilakukan sehingga kedai biskut Ghee Hiang, di mana perlebarkan berhenti secara mendadak, tanpa sebarang alasan. Kemungkinan besar perlebaran tersebut dihentikan selepas ia menerima bantahan kuat daripada masyarakat Cina yang dipaksa merobohkan bahagian depan bangunan mereka.

Dari awal hingga pertengahan abad ke-20
Walaupun Lebuh Pantai sebatang jalan yang amat tua, kebanyakan bangunan sepanjangnya - terutama sekali yang berada di bahagian utara jalan itu - adalah agak baru. Dalam perjalanan sepanjang Lebuh Pantai, anda dapat melihat bangunan yang dibina sejak lewat abad ke-19 dan kemudiannya. Terdapat banyak bangunan dengan seni bina Art Deco, sebab gaya ini berfeksyen pada awal abad ke-20.

Lebuh Pantai dekat Sia Boey (24 November, 2012)


21st Century
Bahagian utara Lebuh Pantai memakai wajah Eropah hingga ke pertengahan abad ke-20. Selepas kemerdekaan, aktiviti pelabuhan kian merosot, menjadikan gudang-gudang di Lebuh Pantai terbiar kosong. Ada yang diabaikan menunggu saat kegemilangan masa depan.

Kegemilangan kawasan itu kembali selepas George Town diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Sejak itu, minat untuk membangunkan kawasan gudang pun kembali, akibat daripadanya, hartanah di situ sekarang menerima pengubahsuaian dan restorasi, antaranya Kongsoon House, 1886 Building dan Bangunan Whiteways & Laidlows.

Lebuh Pantai memainkan peranan sebagai jalan pembankan utama di George Town. Kebanyakan bank tempatan mempunyai cawangan atau ibu pejabat serantau mereka di Lebuh Pantai atau mana-mana cabangnya, terutama sekali Lebuh Bishop. Ketika menjelajah jalan ini, teliti perbagai jenis seni bina pada bangunannya. Bangunan yang tua biasanya bersenibina Art Deco atau Neoclassical. Kalau dipandang antara bangunan-bangunan ini, mungkin anda akan ternampak gudang yang lama.

Lebuh Pantai at dusk (4 February, 2009)


Bagaimana pergi ke Lebuh Pantai

Dari Hentian Bas Pengkalan Weld, guna jejantas untuk menyeberangi Pengkalan Weld. Belok kanan, jalan sepanjang Pengkalan Weld hingga tiba di Gat Lebuh China. Belok kiri, jalan sepanjang Gat Lebuh China untuk sampai di Lebuh Pantai.

Anda juga boleh menaiki Bas Percuma CAT ke Perhentian Bas No. 3 (Little India) atau Perhentian Bas No. 4 (Imigresen).

Meneroka Lebuh Pantai dengan sendiri

Guna Maklumat Meneroka Bahagian Utara Lebuh Pantai untuk meneroka dan mengenali bangunan-bangunan di sepanjang bahagian utara jalan ini.

Plak Lebuh Pantai (12 November, 2008)

Tempat-tempat berdekatan


Whiteaways Arcade, one of the restored historic buildings along Lebuh Pantai (22 May, 2011)

Dalam Kata Lain ...

Lebuh Pantai dikenali dengan pelbagai nama dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang, bergantung kepada kedudukannya. Antara Lebuh Light dan Lebuh China, ia dipanggil Ang3mor3 Thor3khor3 Kay1 紅毛土庫街 yang bermaksa "Jalan Niaga Orang Eropah". Antara Lebuh China dengan Lebuh Gereja, ia dipanggil Kang3a1 Khau4 港仔口 yang bermaksud "Pelabuhan Hadapan", suatu nama yang berasal sebelum penambakan tanah bermula dan menghilangkan pelabuhan yang ada pada Lebuh Pantai.

Antara Lebuh Gereja dan Lebuh Armenian, ia dipanggil Teong3 Kay1 中街 [tiɔŋ-ke] yang bermaksa "Jalan Tengah"; antara Lebuh Armenian dengan Lebuh Acheh, ia dipanggil Tuan1 Lo1sin4 Kay1 緞羅申街 [tuan-lo-sin-ke] yang bermakna "Lebuh Tengku Syed Hussain"; antara Lebuh Acheh dengan Lebuh Melayu, ia dipanggil Phak1 Thik1 Kay1 拍鐵街 [phaʔ-thik-ke] yang bermaksud "Jalan Tukang Besi", dan akhir sekali, antara Lebuh Melayu dengan Terusan Prangin, ia dipanggil Sia33 Boey4 社尾 [sia-boe] yang bermakna "Hujung Bandar".

Walaupun secara rasminya jalan ini digelar Lebuh Pantai, antara kalangan Orang Melayu, ia masih dikenali ikut beberapa gelaran lama seperti Jalan Gudang, untuk bahagian utara daripada Lebuh Acheh, dan Hujung Pasir untuk bahagian sebelah selatan.

Senarai Jalan di Pulau Pinang dan Jalan di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.