Pengkalan Sultan Abdul Halim berdekatan Stesen Keretapi Butterworth dan juga Terminal Pengangkutan Penang Sentral. Buat sementara waktu (February 2017), Terminal Penang Sentral masih belum siap dibina. Oleh sebab itu, langkah sementara diambil untuk menghubungkan tapak sementara Penang Sentral dengan Pengkalan Feri Butterworth dan Stesen Keretapi Butterworth.
Jadual Perkhidmatan Feri
Dari Pengkalan Raja Tun Uda (George Town) (GPS: )
Feri pertama bertolak 5:40am
Feri terakhir bertolak 12:40am
Dari Pengkalan Sultan Abdul Halim (Butterworth) (GPS: 5.39465, 100.36435)
Feri pertama bertolak 5:20am
Feri terakhir bertolak 12:10am
Tambang Feri
Khidmat feri dapat membawa penumpang berjalan kaki dan juga kenderaan. Tambang hanya dikenakan di Pengkalan Sultan Abdul Halim (tambang tidak dikutip untuk perjalanan dari Pengkalan Raja Tun Uda).
Tambang kenderaan adalah seperti berikut:
Kereta beroda empat, termasuk motorsikal berkereta tepi beroda tiga: RM7.70
Beca: RM3.30
Motosikal beroda dua: RM2.00
Basikal: RM1.40
Lori beroda empat: RM13.20
Lori beroda enam: RM27.50
Tambang penumpang berjalan kaki adalah seperti berikut:
Orang Dewasa: RM1.20
Kanak-kanak: RM0.60
Terdapat juga tiket bulanan untuk penumpang berjalan kaki, seperti berikut:
Orang Dewasa: RM30.00
Pelajar (di bawah umur 21 tahun): RM6.00