Pada 3 & 4hb Mac, 2017, saya dan isteri saya telah mendapat peluang membuat penginapan tinjauan dekat Hotel Flamingo By The Beach, sebuah hotel tepi pantai di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Kami menginap atas jemputan hotel itu. Seperti biasa, kami tiba pada petang Jumaat dan bertolak dari hotel pada petang Sabtu. Sekali lagi, tak cukup masa nak menikmati setiap kemudahan hotel. Apa boleh buat, kami orang sibuk, dan masa berjalan dengan begitu cepat!
Bilik yang mula-mula diberikan kepada kami adalah bilik perokok. Kami terlupa nak beritahu hotel itu yang kami nak bilik bukan perokok. Sebaik sahaja kami masuk bilik itu, dah terasa bau rokok, oleh itu kami pun terus minta bilik lain. Bilik baru yang diberi kepada kami mendapat pemandangan laut dengan Pulau Tikus.
Setiap tinjauan hotel, atau "hotel review" merupakan peluang untuk makan dan makan lagi. Samalah juga di Hotel Flamingo By The Beach. Sarapan yang pertama ialah bufet waktu petang. Ini diikuti dengan bufet sarapan pagi, dan kemudiannya bufet tengahari. Memang tak sempat lapar! Restoran utama di hotel ini dipanggil Flamingo Cafe, dan saya sempat mengenali ketua restoran, iaitu Encik Mokhtar Osman, dan ketua dapur, iaitu Chef Euzginz Lim.
Oleh sebab kolam renang Hotel Flaminga begitu menarik, saya juga mencari peluang untuk menggunakannya. Kolam renang hotel ini berada di tepi Flamingo Cafe. Selepas berenang seketika di sana, saya dan isteri pergi berjalan-jalan di tepi pantai. Kemudian kami dibawa meninjau jenis-jenis bilik yang terdapat di hotel ini.
Masa beredar dengan begitu pantas, dan tak lama sahaja dah tiba masa untuk mendaftar kecular. Kami bertolak dari Hotel Flamingo pada 2pm petang dengan rasa begitu seronok, walaupun cuti ini pendek sahaja.
Flamingo By The Beach Hotel (3 Mac, 2017)
Pemandangan Tanjung Bungah pada waktu malam. (3 Mac, 2017)
Menikmati fajar dari bilik kami. (3 Mac, 2017)
Bersarapan di lanai, dengan kolam renang di belakang kami. (3 Mac, 2017)
Menikmati muzik di lounge. (3 Mac, 2017)
Kolam Renang Hotel Flamingo - ia mempunyai logo hotel pada dasar kolam. (3 Mac, 2017)
Di bawah payung Flamingo. (3 Mac, 2017)
Menikmati pantai di Hotel Flamingo. (3 Mac, 2017)
Di laman Suite Presiden Hotel Flamingo. (3 Mac, 2017)