Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit BenderaTempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (4 Februari, 2017)


English

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (GPS: 5.4077, 100.27753) ialah parkir bertingkat bersebelahan Stesen Bawah Keretapi Bukit Bendera. Ia berada di Jalan Stesen Bukit Bendera, Pulau Pinang. Parkir ini adalah tempat meletak kereta yang utama bagi pelawat Bukit Bendera. Parkir ini adalah tambahan kepada parkir terbuka A dan B.

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera menggantikan "Parkir Kancil" yang malang. Parkir itu terpaksa diruntuhkan apabila didapati yang ia tidak sesuai untuk kesemua kenderaan, kecuali yang paling kecil.

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera adalah satu bangunan 8 tingkat. Ia dibina oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang (SSI). Pembangunnya ialah Badan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) manakala kontraktor utama ialah Yuan Seng Building Trading Sdn Bhd. Pelan bangunan ini diluluskan pada 26hb November, 2012. Bangunan ini dibuka secara rasmi oleh Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 19hb January, 2015.

Pada tingkat bawah bangunan ini terdapat kafeteria, tandas, surau dan tempat parkir motosikal. Petak letak kerta berada pada tingkat 1 hingga 7. Perhentian bas berada di depan bangunan ini. Bas Rapid Penang 204 berhenti di sini.

Meletak kereta di Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera

Untuk memasuki Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera, pandu kereta anda naik dari sebelah kiri bangunan. Terdapat lif pada setiap tingkat. Mesin bayaran parkir pada tingkat bawah.

Meletak kereta di sini boleh dikatakan agak mahal, terutamanya kalau anda berada lama di Bukit Bendera.

Dari hari Isnin hingga ke Jumaat, kadar parkir ialah RM2 untuk jam pertama, dan RM1 untuk setiap jam berikutnya. Jika anda masuk antara tengah malam dan 5:00am pagi, kadar rata RM5 dikenakan.

Bagi hari Sabtu, Ahad dan cuti am, kadar parkir ialah RM3 untuk jam pertama, dan RM1 untuk setiap jam berikutnya. Jika anda masuk antara tengah malam dan 5:00am pagi, kadar rata RM5 dikenakan.

Jika anda meletakkan kenderaan di luar petak, kereta anda akan diapit. Saman penanggalan apit ialah RM50. Kalau hilang tiket, saman RM50 juga dikenakan.

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit BenderaBahagian dalam Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (4 Februari, 2017)


Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit BenderaMesin parkir Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (4 Februari, 2017)


Kadar parkir Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit BenderaKadar parkir Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (4 Februari, 2017)


Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit BenderaKafeteria Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (4 Februari, 2017)

Berita Terkini Tempat Letak Kereta Bukit Bendera

19 Januari, 2015
Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera dibuka oleh Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini. Kadar parkir ditetapkan sebagai RM2 bagi jam pertama dan RM1 bagi setiap 1/2 jam berikutnya.

10 November, 2014
The Star melaporkan yang Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera akan dibuka sebelum Tahun Baru Cina. Ia kini menunggu sambungan bekalan air dan elektrik, dan pengeluarn Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan.

Ke Sana

Dari Bulatan Air Itam, ikut Jalan Stesen Bukit bendera, dan anda akan nampak Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera pada sebelah kiri sebelum sampai di Stesen Keretapi Bukit Bendera.

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera adalah pada peta Bukit Bendera

Gambor foto Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera semasa pembinaan

Gambar-gambar foto yang ditangkap semasa pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera.

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit BenderaTempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera akan siap tidak lama lagi. (1 November, 2014)


Pandangan Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera sebelum siapPandangan Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera sebelum siap (1 November, 2014)


Construction site, Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit BenderaTapak pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (18 January, 2013)

Bukit Bendera main page

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.