Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

The Habitat Penang Hill (Edisi BM)

The Habitat Penang HillThe Habitat Penang Hill (4 Februari, 2017)


English

The Habitat (GPS: 5.42557, 100.26802) ialah sebuah hutan lipur di Bukit Bendera. Projek ekopelancongan ini merupakan tempat di mana keindahan alam semulajadi dapat dinikmati secara dekat, terutama sekali hidupan liar di Bukit Bendera dapat diperhatikan dalam habitat semulajadi mereka.

The Habitat berada antara kemuncak Bukit Bendera (di mana terdapatnya bangunan-bangunan bersejarah seperti Bel Retiro, Convalescent dan Fern Hill, dan Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan. Ia hasil Minta Cadangan (RFP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2010 untuk membangunkan Bukit Bendera dengan pendekatan kepada melindungi ekologi bukit tersebut.

Tarikan The Habitat Penang Hill

Curtis Crest Treetop Walkway


Maklumat

Forest Bathing


Details

Langur Way Canopy Walk


Details


The Habitat Penang HillLogo The Habitat berbentuk pokok yang penuh dengan flora dan fauna Bukit Bendera. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillJalan taman ke Pejabat Kaunter Tiket The Habitat. (4 Februari, 2017)


Syarikat yang memenangi RFP tersebut, yang kini digelar Flagstaff Holdings Sdn Bhd, melalui suatu proces sumbang saran untuk mencari cara terbaik untuk membentangkan ekologi Bukit Bendera kepada orang ramai yang bersimpati kepada flora dan fauna. Keputusan diambil agar tidak menjadikan kawasan hutan tersebut sebagai zoo di mana haiwan dan tumbuhan luar juga dibawa masuk, tetapi mengekalkan keseimbangan ekologi yang sedia ada. Selaras dengan hasrat ini, semua pembinaan yang dijalankan adalah jenis yang tidak terlampau mencerobohi ekologi hutan atau mengganggu habitat hidupan, tetapi diletakkan supaya para peminat dapat menghargai alam semulajadi.

Seboleh-bolehnya, The Habitat mengekalkan struktur bangunan yang sedia ada pada tapak masing-masing. Misalnya, bangunan yang menjadi Pejabat Kaunter Tiket dibina pada awal kurun ke-19. Bangunan ini pada asalnya dipanggil Convict Lines atau Coolie Lines, kerana ia tempat rehat kaum buruh yang mengangkat julang naik Bukit Bendera. Bangunan itu juga digunakan sebagai kandang kuda dan tempat menyimpan kereta kuda. Apabila diambilalih oleh The Habitat, bangunan ini berfungsi sebagai kuarters untuk kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

The Habitat Penang HillPejabat Kaunter Tiket The Habitat (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillPara pelawat bersiap sedia untuk berseronok di The Habitat Penang Hill (4 Februari, 2017)


Jalan hutan yang merentasi The Habitat diberi nama Denai Alam Semulajadi. Denai yang sepanjang 1.6km ini ibarat sempadan kepada Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan yang berusia 130 juta tahun. Hutan simpanan kekal ini telah diwartakan pada tahun 1911. Ia merupakan antara hutan simpanan yang tertua di negara ini.

Denai Alam Semulajadi menjejak laluan hutan yang diukir pada zaman Pentadbiran British untuk menentang hakisan. Denai Alam Semulajadi diturap dengan bahan berliang khas agaair hujan dapat meresap melaluinya, lantas mengelakkan air bertakung dan banjir.

Pada 4hb Februari, 2017, saya dan isteri saya telah membuat lawatan ke The Habitat Penang Hill di mana kami disambut baik oleh Pengarah Urusannya, Encik Allen Tan.

The Habitat Penang HillAllen Tan, Pengarah Urusan The Habitat Penang Hill, mengagumi tarikan utamanya, Curtis Crest Tree Top Walkway. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillJom! Allen Si Tukang Ketawa pemandu kami dalam perjalanan meneroka The Habitat! (4 Februari, 2017)


Map of The HabitatPeta The Habitat
© The Habitat

Kebanyakan pelawat The Habitat akan tiba di Pintu Besar yang berdekatan Pejabat Kaunter Tiket. Inilah tempat permulaan Denai Alam Semulajadi. Pada masa-masa tertentu setiap hari, terdapat pakar alam untuk dapat membawa para pengunjung untuk meneroka alam sekitar Tha Habitat bersama mereka. Dengan cara ini, para pengunjung akan lebih memahami dan menikmati hutan belantara, dan mengenali flora dan fauna yang terdapat di sepanjang denai. Walaupun para pengunjung dibenarkan berjalan sendiri, anda pasti memperoleh faedah kalau diiring seorang pakar alam.

The Habitat Penang HillSaya bersama Farah, seorang dari pakar alam yang bertugas di The Habitat Penang Hill (4 Februari, 2017)


Terdapat dua cara untuk meneroka The Habitat. Kebanyakan pengunjung berjalan dari utara ke selatan, dan keluar dari Pintu Belakang (yakni Pintu Keluar yang utama), dan berjalan kembali ke Stesen Atas Keretapi Bukit melalui Jalan Tuanku Yahya Petra, ataupun menaiki buggy. Yang alternatif ialah bermula dari selatan dan berjalan ke utara, dan keluar dari Pintu Masuk. Pengunjung juga dibenarkan berpusing balik. Mereka yang berbuat demikian akan mendapati bahawa berjalan kembali memberikan pemandangan yang berbeza.

The Habitat Penang HillPokok hutan melangit tinggi. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillBanyak antara pokok di The Habitat menyokong tumbuhan epifit. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillTengok - ada taman batu di tengah hutan! (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillKami jumpai benda ini di lantai hutan. Ia merupakan kalung telur katak pohon. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillMelepak atas Buaian Titisan Airmata. (4 Februari, 2017)


Cara terbaik untuk mengenali The Habitat adalah dengan berjalan perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa - anda tidak akan melihat banyak jika berbuat demikian. Patut beringat bahawa hidupan liar bukannya bertugas untuk melayan kita. Mereka bukan anjing laut di zoo. Ini habitat mereka. Kita yang melawat mereka, bukan mereka yang melawat kita. Jadi, kita perlu ingat bahawa kita umpama pengintai dalam alam mereka, penyaksi kepada kehidupan harian mereka. Sepertimana kita hargai ruang hidup kita, kita juga perlu hormati ruang hidup hidupan liar, sebab inilah habitat mereka.

Terdapat beberapa tempat di mana para pengunjung dapat beristirehat. Di sana ada beberapa buaian untuk kegunaan anda. Terdapat juga pondok untuk menikmati bromeliad dan okid. Pondok-pondok ini mempunyai permukaan yang reflektif, supaya alam sekitar nampaknya seperti berada di sisi kita.

Dengan iringi Allen sepanjang jalan, kami berdua belajar banyak berkenaan hutan dan ekologinya. Sebagai contoh, Allen telah menunjukkan kepada kami paku-pakis gergasi yang tumbuh liar di Bukit Bendera. Pelepahnya, apabila muncul, berada dalam bentuk bergulung. Mengikut Allen, di dalam pelepah tersebut terdapat sesuatu bahan berbentuk jeli yang amat digemari monyet.

Allen juga menunjukkan kepada kami bunga halia hutan yang boleh dimakan. Dia petik sekuntum dan berikan kepada kami. Ya, rasa bunga tu seperti rasa buah jambu.

The Habitat Penang HillPelepah paku-pakis gergasi. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillAllen menerangkan kepada kami bunga halia hutan yang boleh dimakan. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillNah, bau ini, kata Allen kepada isteri saya. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillSepanjang Denai Alam Semulajadi, kami dapati papan keterangan seperti yang ini, berkenaan rama-rama yang hidup di Bukit Bendera. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillDan yang ini pula berkenaan burung Bukit Bendera. (4 Februari, 2017)


Di merata-rata tempat sepanjang Denai Alam Semulajadi, kami nampak papan keterangan yang memberi maklumat berkenaan hidupan liar di Bukit Bendera. Terdapat juga papan lokasi sarang untuk labah-labah tarantula dan labah-labah perangkap merah. Kalau anda pengemar burung, pastikan anda datang dengan kanta jauh.

Selain hidupan liar, pemandangan di The Habitat pasti buat lawatan anda sudah berbaloi. Setiap lencongan membawa pemandangan yang baru. Ada ketikanya anda dapat memandang dari bukit sampailah ke Laut Andaman. Pada masa yang sama, nikmati kehijauan alam dengan pokok-pokok hutan yang melangit tinggi dengan kanopi mereka bagai payung terbuka. Alangkah mengkagumkan kalau disedari hakikat yang anda hanya dua puluh minit daripada sebuah metropolis yang sibuk?

Betul di tengah-tengah The Habitat ialah tarikan utamanya. Tarikan ini diberi nama Curtis Crest Tree Top Walk, agar menghargai sumbangan ahli botani Inggeris abad ke-19 Charles Curtis (1853-1928), yang menjadi pengarah pertama Kebun Bunga Pulau Pinang. Curtis Crest adalah satu jalanan kanopi. Ia ibarat mahkota kepada Bukit Bendera. Dari sini, anda dapat memandang sampailah ke Muka Head dan laut saujana. Saya syorkan agar anda luang seberapa banyak masa yang boleh di sini.

Curtis Crest, The Habitat Penang HillPengunjung ke Curtis Crest at The Habitat Penang Hill. (4 Februari, 2017)


Walaupun kerja-kerja pembinaan The Habitat bermula sejak 2010, ia hanya dibuka kepada orang awam pada 8hb Januari, 2016. Namun ia masih belum siap. Antara tarikan yang paling dinanti-nantikan yang Jambatan Kanopi yang merentas hutan dengan kepanjangan 230 meter. Juga dalam pelan ialah rintasan tali Big Zip dengan jarak 700 meter di mana mereka yang berani boleh merentas gaung hutan dan kembali sekali lagi.

Setelah puas meneroka The Habitat, jom ke Shop on the Hill, kedai cenderamata dekat Pintu Keluar. Ia menjual pelbagai cenderamata, dari barang mainan ke barang kemas, dari minyak urut ke payung, dan lain-lain lagi. Di sisi kedai ini ialah Kafe The Habitat, dimana para pengunjung dapat menjamu selera.

Saya dan isteri saya amat berpuas hati dengan lawatan kami ke The Habitat Penang Hill, dan kami hulurkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Urusannya, Encik Allen Tan, kerana telah sudi mengiring kami dengan begitu mesra.

Shop on the Hill, The Habitat Penang HillSelepas meneroka The Habitat, seronok masuk kedai Shop on the Hill yang berhawa dingin. (4 Februari, 2017)


Shop on the Hill, The Habitat Penang HillMembeli-belah di Shop on the Hill. (4 Februari, 2017)


Shop on the Hill, The Habitat Penang HillShop on the Hill. (4 Februari, 2017)

Alamat

The Habitat Penang Hill
11300 Bukit Bendera, Penang.
Phone: +60 4 826 7677

Bagaimana Ke Sana
Dari Stesen Atas Keretapi Bukit Bendera, ikut jalan sampai ke Balai Polis Bukit Bendera, kemudian ikut jalan bukit menghala ke Bellevue Hotel, dan anda akan nampak The Habitat Penang Hill di sebelah kiri.

Harga Tiket

Dewasa: RM20*
Kanak-kanak dan Wargamas: RM10*
Kanak-kanak di bawah 3 tahun dan Orang Kurang Upaya: Percuma*
* Harga pada Februari 2017, dan tertakluk kepada perubahan.

The Habitat dibuka setiap hari dari 9:30am ke 7:00pm. Kaunter tiket tutup pada 6:00pm. Khidmat lawatan berpandu bermula pada 9:30am dan boleh didapati setiap jam berikutnya dari kawasan taklimat.

Untuk rombongan 10 pelawat ke atas, The Habitat menawarkan Lorong Pantas menaiki Keretapi Bukit Bendera pada harga istimewa: RM10 bagi Warga Malaysia & RM24 bagi Warga Asing. Untuk menikmati harga istimewa, rombongan perlu berikan kepada The Habitat senarai peseta bersama nombor KP atau Paspot 24 jam sebelum lawatan, untuk diberikan kepada Penang Hill Corporation.

Keahlian

Keahlian The Habitat Penang Hill membolehkan pemenang kemasukan tanpa had untuk satu (1) tahun dari tarikh permulaan keahlian. Ahli-ahli juga menikmati diskaun barangan terpilih dari Kedai Habitat (Shop on the Hill) dan dapat mengambil bahagian dalam Program Habitat termasuk bengkel, ceramah dan aktiviti lain.

Ahli Dewasa: RM180.00 setahun
Ahli Kanak-kanak: RM80.00 setahun
Ahli Keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak): RM480.00
Borang keahlian di https://thehabitat.my/membership/

The Habitat berada di pada peta Bukit Bendera

Gambar foto kami di The Habitat

The Habitat Penang HillSaya dan isteri dekat Pintu Masuk The Habitat Penang Hill. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillSaya dan Allen menduduki Buaian Besar. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillSaya dan isteri menduduki Buaian Besar. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillSaya dan Allen di tangga Curtis Crest. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillSaya dan Allen di Curtis Crest. (4 Februari, 2017)


The Habitat Penang HillSaya dan isteri di Curtis Crest. (4 Februari, 2017)

Di The Habitat Penang Hill

Kafe The Habitat


Maklumat Penuh

Kembali ke laman Bukit Bendera

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.