Taman Rimba Alam (GPS: 2.94043, 101.71683) adalah satu daripada taman awam di Putrajaya. Ia terletak di Presint 15.
Saya melawat ke Taman Rimba Alam apabila saya berkunjung ke Putrajaya. Tempatnya kemas dengan kawasan padang di mana rumputnya telah dipotong. Taman ini mempunyai lorong menjelajah hutan yang dibiarkan untuk memelihara kawasan tadahan air. Walaupun kawasan bahu jalan diperkemaskan, bahagian hutan dibiarkan tumbuh subur, dengan pelbagai pokok termasuk Kapor (Dryobalanops aromatica), Keladan (Dryobalanops oblogifolia), Merawan Siput Jantan (Hopea odorata), Jelutong (Dyera costulata), Penaga Lilin (Mesua ferrea) dan Damar Minyak (Agathis boornensis).
Untuk keselesaan pelawan, terdapat sebuah astaka dengan papan interpretasi dibina di tepi jalan pada Taman Rimba Alam. Tempat rehat ini mempunyai kemudahan tandas.
Astaka di Taman Rimba Alam, Putrajaya (9 Julai, 2016)
Di dalam astaka Taman Rimba Alam, Putrajaya (9 Julai, 2016)
Pandangan 360° Taman Rimba Alam pada Google Maps Street View