Petua Melawat KuchingPetua Melawat Kuching (3 Oktober, 2004)


English

Petua Melawat Kuching membekalkan maklumat berguna untuk anda merancang lawatan ke Kuching, ibu negeri Sarawak.

Kuching (GPS: 1.56, 110.345) ialah bandaraya yang terbesar dan ibu negeri Sarawak. Ia mempunyai jumlah penduduk lebih kurang separuh juta orang. Terdapat beberapa teori akan asal usul nama bandaraya ini. Ada yang mengatakan yang ia berbunyi seperti "kochin" yang bermakna pelabuhan dalam bahasa Cina. Ada pula yang mengatakan yang James Brooke, petualang British, yang telah melihat banyak pokok mata kucing apabila beliau tiba buat kali pertama di tempat itu. Dipercayai yang nama "mata kucing" telah berubah menjadi Kuching.

Lokasi tempat di Kuching dalam peta

Tempat Menarik di Kuching

  1. Astana (GPS: 1.56361, 110.34555)

  2. Bako National Park

  3. Bangunan Mahkamah Syariah (GPS: 1.55339, 110.3395)

  4. Borneo Convention Centre Kuching (GPS: 1.56269, 110.40572)

  5. Brooke Memorial (GPS: 1.55966, 110.34498)

  6. Carmelite Monastery (GPS: 1.53992, 110.34084)

  7. Cat Museum (GPS: 1.58662, 110.33431)

  8. Chinese History Museum (GPS: 1.55762, 110.34873)

  9. Fort Margherita (GPS: 1.56055, 110.34944)

  10. General Post Office (GPS: 1.55831, 110.34507)

  11. Gurdwara Sahib Sikh Temple (GPS: 1.55767, 110.342)

  12. Hiang Thian Siang Ti Temple (GPS: 1.55842, 110.34556)

  13. Hong San Si Temple (GPS: 1.55745, 110.34784)

  14. Japanese Building (GPS: 1.55924, 110.34455)

  15. Kuching Civic Centre (GPS: 1.54744, 110.34419)

  16. Kuching Waterfront (GPS: 1.56003, 110.34628)

  17. Masjid Bandaraya Kuching (GPS: 1.55874, 110.34059)

  18. Medan Niaga Satok (GPS: 1.55574, 110.32222) (formerly Satok Sunday Market)

  19. Muzium Islam Sarawak (GPS: 1.55519, 110.34153)

  20. Old Fire Bridge Station Lookout Tower (GPS: 1.55907, 110.34246)

  21. Riverside Kampung (GPS: 1.56071, 110.35188)

  22. Riverside Shopping Complex (GPS: 1.55771, 110.35188)

  23. Sarakraf Pavilion (GPS: 1.54315, 110.35419)

  24. Sarawak Museum (GPS: 1.55479, 110.34336)

  25. Sarawak Plaza (GPS: 1.55779, 110.35341)

  26. Sarawak State Legislative Assembly Building (GPS: 1.56193, 110.34797)

  27. Sarawak Textile Museum (GPS: 1.74917, 110.31608)

  28. Sarawak Steamship Company Building (GPS: 1.55975, 110.34599)

  29. Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre

  30. Square Tower (GPS: 1.56026, 110.34559)

  31. Sri Srinivasagar Kaliamman Temple (GPS: 1.55277, 110.35303)

  32. St Peter's Church (GPS: 1.55177, 110.35947)

  33. Sungai Jaong Rock Carvings

  34. The Old Courthouse (GPS: 1.55966, 110.34498)

  35. The Round Tower of Kuching (GPS: 1.55874, 110.34493)

  36. Tua Pek Kong Temple (GPS: 1.5572, 110.34898)

  37. Tun Jugah Shopping Centre (GPS: 1.55731, 110.35359)

  38. Warrior Memorial (GPS: 1.55337, 110.34424)

  39. Wisma Saberkas (GPS: 1.53716, 110.34019)

Kategori tempat di Kuching

Tempat di persekitaran Kuching

Jalanraya di Kuching


Persisiran sungai di KuchingPersisiran sungai di Kuching (1 Oktober, 2004)


Persembahan Budaya SarawakPersembahan Budaya Sarawak (2 Oktober 2004)


Kuching pada waktu malamKuching pada waktu malam, dengan tugu kucing. (1 Oktober 2004)

Pergi ke Kuching

Kebanyakan pelawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH). Dari lapangan terbang, anda boleh menaiki teksi ke pusat bandaraya. Hentian teksi terletak di luar Balai Ketibaan.

Meneroka Kuching

Pusat bandaraya mudah diterokai dengan berjalan kaki. Kebanyakan tempat menarik berada antara Kuching Waterfront dan Muzium Sarawak. Untuk tempat-tempat yang lebih jauh, baik anda menyewa kereta atau mengikut pakej pelancongan tempatan.

Pejabat Pelancongan

Tourism Malaysia mempunyai pejabatnya di Padungan, di Jalan Song Thian Cheok, dan di Riverbank Suites, Jalan Tunku Abdul Rahman di mana anda boleh mendapat risalah berkenaan Kuching. Tel: 246575. Waktu buka: 8:00 am - 4:30 pm, Isnin hingga Jumaat, dan 8:00 am - 1:00 pm Sabtu.

Sejarah Kuching

Sejarah Kuching ada kaitan dengan petualangan James Brooke, yang tiba di istana Sultan Brunei pada tahun 1839. Dalam masa yang singkat, beliau berjaya mendapatkan dirinya dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Sultan Brunei. Ini berlaku pada masa pengaruh sultan semakin merosot dan baginda sedang menghadapi kesukaran mengekalkan kawalan ke atas wilayahnya yang luas. Para pegawai sultan yang zalim telah memaksa penduduk tempatan membayar cukai yang tinggi, dan ini telah membuat penduduk tempatan benci akan sultan mereka.

Setelah James Brooke berjaya menggagalkan pemberontakan, beliau telah meminta agar dilantik menjadi Gabenor Sarawak. Dengan bantuan daripada pihak British, Brooke memperteguhkan kedudukannya dan mengusir orang bawahan sultan. Sultan Brunei cuba bertindakbalas tetapi tidak berjaya. Sebaliknya baginda telah dipaksa menandatangani perjanjian dengan Brooke yang membolehkan Brooke menjadi Rajah Puteh Sarawak pada 24hb November, 1841.

Pada masa itu, hanya Sungai Sarawak dan cawangan anak sungai kepadanya yang membantuk saluran perjalanan untuk merentasi hutan tabal di mana peperangan puak merupakan perkara biasa. Setiap kali Brooke meredakan pemberontakan, beliau telah meminta tanah yang memperluaskan kawasan jajahannya sehinggakan kawasan yang dikawal sultan semakin kecil. Begitulah caranya James Brooke mengasaskan Sarawak.

Dengan kematiannya pada tahun 1868, James Brooke telah diganti oleh anak saudaranya Charles Brooke sebagai Rajah Puteh. Kalau dibandingkan kedua-dua pemerintah itu, James seorang petualang manakala Charles pula seorang pentadbir dan ahli politik yang berkebolehan. Di bawah pentadbirannya, Sarawak terutamanya Kuching telah membangun dengan pesat dengan terdirinya beberapa bangunan mercu tanda seperti Astana, Fort Margherita dan Bangunan Mahkamah Lama. Muzium Sarawak juga diasaskan pada masa pentadbiran Charles Brooke.

Apabila Charles meninggal pada tahun 1917, anaknya Charles Vyner Brooke telah menggantinya sebagai Rajah yang ketiga. Beliau telah meneruskan kerja yang dimulakan oleh ayahandanya dengan menubuhkan Majlis Negeri pada tahun 1941. Malangnya majlis itu menjadi terbengkalai disebabkan penaklukan Jepun ke atas Sarawak yang memaksa Vyner melarikan diri ke Australia.

Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Sarawak ditadbiri tentera Australia sehingga ia diserahkan oleh Vyner Brooke kepada Kerajaan Britain. Sarawak menjadi Jajahan Mahkota Britain pada 1hb Julai, 1946. Apabila Sarawak dan Sabah mencapai kemerdekaan pada 16hb September, 1963, ia telah digabungkan dengan 11 negeri di Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Square Tower, KuchingSquare Tower, Kuching
photo sourcehttp://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kuching#mediaviewer/File:Kuching-(3678640873).jpg
authorshipPeter Gronemann
photo licensing

Memancing ikan di Sungai SarawakMemancing ikan di Sungai Sarawak (3 Oktober, 2004)

Hospital di Kuching

  1. Normah Medical Specialist Centre

  2. Timberland Medical Centre, Jalan Rock

Padang Golf di Kuching

  1. Sarawak Golf Course, Jalan Pustaka

  2. Sarawak Junior Golf Foundation and Academy

Agensi Kerajaan di Kuching

  1. Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak, Jalan Tun Abdul Rahman

  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Kuching, Jalan Green Hill

  3. Menara Pelita

  4. Pustaka Negeri Sarawak

  5. Wisma Sumber Alam / Sarawak Timber Industry Development Corporation


Timothy Tye di Square Tower, KuchingTimothy Tye di Square Tower, Kuching (1 Oktober, 2004)

Senarai Bandar di Sarawak dan Ibu Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.