Kuala SelangorMeriam pada Bukit Malawati di Kuala Selangor (6 Julai, 2016)


English

Kuala Selangor ialah sebuah bandar kecil di Selangor. Hari ini, ia adalah pusat pentadbiran untuk Daerah Kuala Selangor. Kuala Selangor mendapat namanya dari Sungai Selangor, sebab ia terletak di muara sungai tersebut. Nama "Selangor" telah wujud sejak awal abad ke-15. Menurut catatan sejarah Portugis, sebelum Melaka ditawan Portugis, ia pernah menjajah Selangor.

Kuala Selangor merupakan bandar diraja yang lama untuk Selangor. Ia dijadikan bandar diraja atas sebab kedudukan Bukit Malawati, yang mempunyai ketinggian untuk membolehkan kawasan muara dipertahankan.

Pada tahun 1784, Kuala Selangor telah ditawan pihak Belanda di bawah pimpinan Laksamana J.P. van Braam, oleh sebab Belanda menganggapnya suatu ancaman kepada Melaka. Pada masa itu, Belanda cuba mengawal peraliran bijih timah dari Malaya. Mereka telah mengambilalih Kota Malawati, dan menamakannya Fort Altingsburg. Mereka juga membina sebuah kubu di Pangkor untuk mengawal pengaliran bijih timah dari Perak - Kubu Belanda di Pangkor masih berdiri sampai hari ini.

Pada masa sekarang, Kuala Selangor menjadi tumpuan pelancong atas sebab yang lain. Dengan terdapatnya paya bakau di sini, kawasan sungai Kuala Selangor telah menjadi tempat pembiakan api-api yang keluar dengan banyaknya, terutamanya di dua kampung persisiran sungai, iaitu Bukit Belimbing dan Kampung Kuantan. Bagi pencinta alam, Taman Alam Kuala Selangor menjadi tempatnya untuk menikmati pelbagai hidupan liar seperti burung dan haiwan lain.

Lokasi tempat di Kuala Selangor dalam peta

Tempat-tempat di Kuala Selangor

  1. Api-api Kuala Selangor di Kampung Kuantan (GPS: 3.36212, 101.30158) dan Kampung Bukit Belimbing (GPS: 3.38638, 101.27857)

  2. Kota Malawati (GPS: 3.34141, 101.24639)

  3. Kuil Sri Shakti Dhevasthanam (GPS: 3.30818, 101.31678)

  4. Kuil Sri Subramaniar Swamy (GPS: 3.317, 101.27402)

  5. Makam Diraja Kota Malawati (GPS: 3.34122, 101.24798)

  6. Menara Jam Kuala Selangor (GPS: 3.34045, 101.24897)

  7. Rumah Api Kuala Selangor (GPS: 3.3412, 101.24498)

  8. Tokong Qi Jian Xian Shi Fo Zu (GPS: 3.34449, 101.25479)

Kategori tempat di Kuala Selangor

Bangunan Kerajaan di Kuala Selangor

Institusi Pendidikan di Kuala Selangor

  1. INPENS International College (GPS: 3.329960, 101.250238)

Restoran Makanan Pantas di Kuala Selangor

  1. McDonald's Drive Thru (GPS: 3.33003, 101.25865)

Kemudahan di Kuala Selangor

  1. Bukit Rotan Post Office (GPS: 3.30933, 101.3163)

  2. Kompleks PKNS Kuala Selangor (GPS: 3.318323, 101.263130)

  3. Kompleks Sukan Kuala Selangor (GPS: 3.318323, 101.263130)

  4. Kuala Selangor Islamic Department (Pejabat Agama Islam Kuala Selangor; GPS: 3.32755, 101.25672)

  5. Kuala Selangor Police Headquarters (GPS: 3.32101, 101.26551)

  6. Kuala Selangor Majistret Court (GPS: 3.32363, 101.26307)

Stesen Minyak di Kuala Selangor

  1. BHP Kuala Selangor (GPS: 3.337168, 101.250430)

  2. Caltex Jalan Kuala Selangor (GPS: 3.30332, 101.29687)

  3. Petronas Kuala Selangor (GPS: 3.332942, 101.255367)

  4. Shell Kuala Selangor (GPS: 3.32941, 101.25889)

Pandangan 360° Kuala Selangor pada Google Maps Street View

View from bridge across Sungai Selangor.

Lokasi Kuala Selangor dalam peta

Bagaimana pergi ke Kuala Selangor

Anda boleh menaiki bas dari Pudu Sentral dan Medan Pasar di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Selangor. Terdapat sebuah stesen bas di kaki Bukit Malawati. Jika memandu, guna Lebuhraya Utara-Selatan dan susur keluar di Exit 115, dan kemudian guna Lebuhraya Guthrie (E35).
Susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan (E1) di Exit 115 dari Kuala Lumpur.

Susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan (E1) di Exit 115 jika dari utara, contohnya Pulau Pinang.

Dari Lebuhraya Guthrie, terus ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (E25) di Exit 3501.

Susur keluar dari E35 dan terus ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (E25) di Exit 3501.

Di hujung lebuhraya ini, belok kiri ke Laluan 54. Di hujung Laluan 54 pula, belok kanan dan ikut papan tanda untuk sampai ke Kuala Selangor.

Belok kiri di hujung Lebuhraya E25.

Kuala Selangor adalah dalam peta Bandar di Selangor

Senarai Bandar di Selangor dan Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.