Pantai Redang (GPS: 3.50323, 101.09407) ialah sebuah kawasan persisiran pantai di Sekinchan, Selangor. Ia menghala ke Selat Melaka, di tebing utara muara Sungai Labu. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kawasan ini telah menjadi suatu tempat kunjungan pelawat yang agak popular. Sejak itu, terdapat banyak gerai makanan dan minuman yang telah muncul di sepanjang pantai, terutamanya berdekatan Tokong Cina Pantai Redang dan Pohon Impian di tepinya.
Sebenarnya Pantai Redang bukannya sesuatu pantai yang indah. Kawasannya berlumpur, terutamanya semasa air surut. Batun pemutus dibina untuk menghadkan hakisan laut. Walaupun bukannya sesuatu tempat yang sangat indah, Pantai Redang tetapi menerima banyak pengunjung, terutamanya golongan Cina tempatan yang berpusu-pusu ke tempat ini pada hari minggu dan cuti am.
Saya tiba di Pantai Redang kira-kira pukul 11:00am pagi, dan mendapati tempat itu sesak dengan pelawat. Terdapat kanak-kanak sedang bermain layang-layang di pantai manakala orang tua-tua pula berteduh dekat gerai makanan.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Redang di Sekinchan adalah 96.3km dan akan mengambil lebih kurang 1 jam 30 minit. Pandu menghala ke utara pada Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur, diikuti Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway E25, Laluan Persekutuan 54, dan akhir sekali, Laluan Persekutuan 5.
Timothy Tye dan isterinya Chooi Yoke di Pantai Redang, Sekinchan (7 Julai, 2016)
Timothy Tye dan isterinya Chooi Yoke di Pantai Redang (7 Julai, 2016)
Timothy Tye dan isterinya Chooi Yoke di Pantai Redang (7 Julai, 2016)
Pantai Redang sesak dengan pelawat. (7 Julai, 2016)
Wahai, ada minion berjalan-jalan di Pantai Redang juga! (7 Julai, 2016)
Saya makan strawberi bersama mentega kacang di Pantai Redang (7 Julai, 2016)
Satu-satunya makanan ringan yang sihat untuk dibawa bersama ialah strawberi yang saya makan dengan nutter butter. Rasa masam strawberi bergaul elok dengan kemanisan mentega kacang.