Petua Melawat Shah AlamPetua Melawat Shah Alam (13 July, 2016)


English

Petua Melawat Shah Alam membekalkan maklumat berguna untuk merancang lawatan anda ke Shah Alam, ibu negeri selangor. Shah Alam (Jawi: شاه عالم; GPS: 3.07328, 101.51846) adalah sebuah bandaraya sederhana saiz dengan jumlah penduduk separuh juta orang. Ia terletak di antara daerah Petaling dan Klang. Bandaraya ini ditadbiri Majlis Bandaraya Shah Alam atau MBSA, yang bertanggungjawab antara lain dalam perancangan bandar, pengutipan sampah dan pengawalan bangunan.

Lokasi tempat di Shah Alam dalam peta

Tempat-tempat menarik di Shah Alam

  1. IDCC Mall (GPS: 3.06603, 101.52745)

  2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (GPS: 3.07826, 101.52157)

  3. SACC Mall (GPS: 3.07162, 101.51811)

  4. Setia City Mall (GPS: 3.10925, 101.46012)

  5. Shah Alam Convention Centre (GPS: 3.07008, 101.51851)

  6. Shah Alam Royale Theatre (GPS: 3.07473, 101.52333)

  7. Taman Botani Negara Shah Alam (GPS: 3.09541, 101.51143)

  8. Taman Tasik Shah Alam (GPS: 3.07291, 101.5139)

Kategori tempat di Shah Alam


Taman Tasik Shah AlamTaman Tasik Shah Alam (29 December, 2006)


Night view of Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque in Shah AlamNight view of Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque in Shah Alam
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Sultan_Salahuddin_Abdul_Aziz_Mosque#/media/File:Shah_Alam_Blue_mosque_at_night.jpg
authorshipEzry Abdul Rahman
photo licensing

Mengenai Shah Alam

Shah Alam adalah bandaraya terancang yang pertama di Malaysia selepas Merdeka. Ia diasaskan pada tahun 1978 untuk berfungsi sebagai ibu negeri Selangor mengganti Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1974. Tapak Shah Alam dahulunya ladang getah dan kelapa sawit yang bernama Sungai Renggam. Ia diberi nama baru sempena Almarhum Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam diberi status bandaraya pada 10hb Oktober, 2000.

Apakah yang terdapat di Shah Alam

Shah Alam adalah bandaraya yang agak muda. Kebanyakan tempatnya adalah buatan manusia. Ia mempunyai bangunan awam, masjid dan taman.

Pergi ke Shah Alam

Shah Alam adalah lebih kurang 20 kilometer ke barat Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Persekutuan. RapidKL mempunyai rangkaian bas antara Kuala Lumpur dengan Shah Alam, termasuk bas U80 (Pasar Seni ke UiTM Shah Alam) dan U81 (Pasar Seni ke Subang Suria).

Bergerak di Shah Alam

Oleh sebab kawasan Shah Alam agak luas, cara paling baik untuk meneroka Shah Alam adalan dengan memandu kereta. Persiaran Sultan ialah jalan utama dan kebanyakan tempat menarik di Shah Alam berada pada atau berdekatan jalanraya ini. Persiaran Sultan dicapai dari Exit 401 (Persimpangan Darul Ehsan) pada Lebuhraya Persekutuan.

Tempat-tempat menarik di Shah Alam

  1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque: Masjid terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara.

  2. Taman Tasik Shah Alam: Taman awam di keliling sebuah tasik buatan manusia.

  3. Dataran Bunga: Taman bunga raya di dalam Taman Tasik Shah Alam.

  4. Dataran Kemerdekaan: Dataran awam yang dibina sempena Hari Kemerdekaan yang ke-43 yang diraikan di Shah Alam pada tahun 2000.

  5. Dataran Shah Alam: Dataran awam di sebelah Wisma MBSA dan sepanjang Persiaran Sultan.

  6. Galeri Shah Alam: Galeri seni pada Persiaran Tasik yang mempamerkan karya seni artis tempatan dan asing.

  7. Kompleks Taman Seni Islam: Pusat untuk meningkatkan minat kepada kesenian Islam.

  8. Laman Budaya: Tapak di mana acara kebudayaan diadakan.

  9. Shah Alam Go-Cart Circuit: Lingkaran go-kart di perkarangan Stadium Shah Alam di Sekyen 13.

  10. Perpustakaan Raja Tun Uda: Perpustakaan awam yang utama di Selangor.

  11. Pusat Akuatik Darul Ehsan: Kolam renang bersaiz Olympik.

  12. Muzium Sultan Alam Shah: Muzium yang terbesar di Selangor.

  13. Stadium Malawati: Stadium dalaman yang dapat menampung 13,000 penonton.

  14. Taman Rekreasi Section 28: Taman 4-hektar yang memenangi hadiah pertama dalam Pertandingan Landskap Kebangsaan 2002.

  15. Taman Sukan Ekstrem Shah Alam: Taman rekreasi awam dengan pelbagai sukan ekstrem seperti skateboarding, panjat dinding, paint ball dan sebagainya, di Seksyen 13 Shah Alam.

  16. Taman Paya Shah Alam: Taman rekreasi di Kota Kemuning, Seksyen 31.

  17. Taman Tema Wet World: Taman tema di Shah Alam.

  18. Stadium Shah Alam: Stadium yang terbesar di Asia Tenggara yang dapat menampung 80,000 penonton.

  19. Hutan Lipur Bukit SUK: Hutan lipur di Seksyen 5 Shah Alam.

  20. Kompleks PKNS: Pusat pameran dan membeli-belah di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

  21. Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam: Tama pertanian yang pertama di Malaysia, terletak di Hutan Simpanan Bukit Cerakah, di sebelah utara Shah Alam, mula dibuka pada tahun 1986.

  22. High 5 Bread Town: Muzium roti yang pertama di Malaysia, terletak di Seksyen 21 Shah Alam.

Senarai Bandar di Selangor dan Ibu Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.