Petua Melawat TerengganuPetua Melawat Terengganu (19 Februari, 2011)


English

Petua Melawat Terengganu menyediakan anda untuk lawatan ke negeri ini di Pantai Tikur Semenanjung Malaysia. Terengganu Darul Iman (Jawi: ترڠڬانو دار الإيمان‎) adalah sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia menghadap ke Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Kelantan di sebelah barat laut dan Pahang di sebelah barat dan selatan. Terengganu meliputi kawasan 12,955 km persegi (5,002 batu persegi) dan mempunyai jumlah penduduk 1.2 juta orang (anggaran 2011). Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Bandaraya ini terletak di muara Sungai Terengganu. Ia juga bandar diraja dan bandar terbesar di Terengganu.

Terengganu mempunyai persisiran pantai yang panjang dan indah. Ia bahagian laut terdapat pulau-pulau yang menjadi destinasi pengemar sukan laut dan penyelam. Terengganu juga mempunyai muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Sebagai sebuah negeri di mana kebanyakan penduduknya beragama Islam, ia jug mempunyai banyak masjid dengan pelbagai ciri bina. Harapan saya, laman ini dalam memberi anda maklumat yang anda perlukan untuk merancang lawatan anda ke negeri ini.

Lokasi tempat di Terengganu dalam peta

Senarai Bandar di Terengganu

  1. Kuala Terengganu - state capital (GPS: 5.33369, 103.14033)

  2. Ajil (GPS: 5.08342, 103.08574)

  3. Bandar Al-Muktafi Billah Shah (GPS: 4.62014, 103.20599)

  4. Bandar Ketengah Jaya (GPS: 4.57512, 103.30418)

  5. Bandar Permaisuri (GPS: 5.51626, 102.75781)

  6. Batu Rakit (GPS: 5.4405, 103.02399)

  7. Bukit Besi (GPS: 4.74957, 103.19183)

  8. Bukit Payong (GPS: 5.23387, 103.10256)

  9. Chukai (GPS: 4.23017, 103.42589)

  10. Jerteh (GPS: 5.73829, 102.50106)

  11. Jongok Batu (GPS: 4.6751, 103.05291)

  12. Kerteh (GPS: 4.50729, 103.44039)

  13. Kijal (GPS: 4.33614, 103.48176)

  14. Kuala Berang (GPS: 5.07435, 103.01021)

  15. Kuala Besut (GPS: 5.83017, 102.56423)

  16. Kuala Dungun (GPS: 4.75367, 103.41945)

  17. Marang (GPS: 5.20583, 103.20487)

  18. Merang (GPS: 5.53226, 102.95079)

  19. Merchang (GPS: 5.04503, 103.29088)

  20. Paka (GPS: 4.62655, 103.43799)

  21. Rasau Kerteh (GPS: 4.57516, 103.3259)

  22. Rusila (GPS: 5.24199, 103.18548)

  23. Seberang Takir (GPS: 5.34724, 103.12952)

  24. Teluk Kalong (GPS: 4.28555, 103.47636)

  25. Wakaf Tapai (GPS: 5.14189, 103.08493)

Tempat Tarikan Pelancong di Terengganu

  1. Bakau Tinggi Recreational Park (GPS: 4.25346, 103.42288)

  2. Bukit Keluang (GPS: 5.80216, 102.60567)

  3. Chemerung Waterfall (GPS: 4.65889, 102.98829)

  4. Hutan Simpan Gunung Tebu (GPS: 5.59172, 102.61316)

  5. Kampung Kuala Abang Rock Formations (GPS: 4.82759, 103.41686)

  6. Kemasik Beach (GPS: 4.41763, 103.45804)

  7. Kenyir Lake (GPS: 5.01433, 102.83889)

  8. La Hot Spring (GPS: 5.51681, 102.53519)

  9. Lata Tembakah (GPS: 5.58616, 102.4498)

  10. Rantau Abang (GPS: 4.85995, 103.39641)

  11. Sekayu Waterfall (GPS: 4.96632, 102.95506)

  12. Tanjung Jara (GPS: 4.80773, 103.42443)

  13. Yak Yah Firefly Sanctuary (GPS: 4.30672, 103.37444)

Kategori Tempat di Terengganu

Daerah-daerah Terengganu


Asal Usul Nama Terengganu

Mengikut kepercayaan orang, nama Terengganu datangnya dari "terang ganu" yang bererti pelangi yang terang. Satu lagi teori berlainan, yang datangnya dari Sultan Terengganu yang ke-9, Baginda Omar, menyatakan yang sekumpulan pemburu dari bahagian selatan Pahang telah pergi ke Terengganu untuk memburu. Mereka telah menjumpai seekor binatang bertaring yang didapati berbaring di tanah. Seorang dari rombongan pemburu itu bertanya kepada binatang apabila taring itu? Jawab pemburu itu hanya "Taring Anu", yang bermaksud taring sesuatu. Pemburu-pemburu itu kembali ke Pahang dengan pelbagai binatang buruan. Apabila ditanya dari mana datangnya buruan tersebut, dikatakan dari tanah taring anu, yang kemudian berubah menjadi Terengganu.

Dahulunya, perkataan Cina yang digunakan untuk menulis nama Terengganu adalah 丁加奴1, yang ditulis dalam huruf Pinyin sebagai Dīngjiānú. Akan tetapi, baru-baru ini, masyarakat Cina di Terengganu telah meluangkan rasa kurang puas hati atas perkataan yang digunakan, sebab ia boleh diterjemahkan dengan erti "melahirkan anak yang akan menjadi abdi", dari "添丁加做奴". Oleh itu, mereka petisyen agar perkataannya ditukar kepada 登嘉楼 (Pinyin: Dēngjiālóu) yang membawa erti "mara ke tahap yang lebih tinggi". Inipun perkataan Cina yang telah digunakan secara tidak rasmi sejak 30 tahun dahulu. Perubahan rasmi dibuat pada tahun 2004, tetapi ia juga menimbulkan bantahan dari setengah di kalangan masyarakat Cina, yang mendakwa versi baru mengandungi terlampau banyak palang. Mereka mahu perkataan dahulu dikekalkan, dan hanya perkataan abdi (奴, nú) diganti dengan perkataan ketabahan (努, nǔ)

Masjid Kristal, Kuala TerengganuMasjid Kristal, Kuala Terengganu (19 Februari, 2011)


Kampung Cina, Kuala TerengganuKampung Cina, Kuala Terengganu (18 Februari, 2011)


Redang Marine Park, TerengganuPir di Pulau Pinang di Taman Laut Redang, Terengganu (7 Jun 2003)

Pergi ke Terengganu

Dari Udara
Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG) menerima penerbangan dari Kuala Lumpur dan dua kali sehari dari Pulau Pinang.

Dari Darat
Cara paling baik untuk meneroka Terengganu adalan dengan memandu kereta. Cara ini membolehkan anda menikmati keindahan negeri ini dengan pemandangan pantai yang amat mempesonakan.

Jika anda berasal dari Kuala Lumpur, anda menuju ke Terengganu melalui Pahang, dengan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (E8). Dari Kuala Lumpur, guna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Expressway (E8) ke Karak, dan kemudian sambung kepada Lebuhraya Pantai Timur hingga ke Balok di Pahang. Dari sana, sambung kepada Laluan Persekutuan 3 di persisiran pantai Pahang hingga ke Chukai di Terengganu, dan kemudian tujulah ke destinasi anda.

Dari Pulau Pinang, guna Lebuhraya Butterworth-Kulim ke Kulim, dan kemudian guna Laluan Persekutuan 67 ke Baling. Dari Baling, teruskan pada Laluan Persekutuan 76 ke Gerik, di mana anda meneruskan perjalanan pada Lebuhraya Timur-Bara (Laluan Persekutuan 4) ke Jeli dan kemudian ke Pasir Puteh. Di persimpangan sebelum masuk ke pekan Pasir Puteh (ikut papan tanda), anda belok ke selatan ke Laluan Persekutuan 3 dan terus menuju ke Terengganu.

Dari Johor Bahru, guna Laluan Persekutuan 3 sampailah ke Terengganu, melalui Kota Tinggi, Mersing, Pekan dan Kuantan dalam perjalanan anda.

Senarai Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.