[an error occurred while processing this directive]
English Version
Tahukah anda bahawa Touch 'n Go akan mengakhiri hayat penggunaan untuk SmartTAG, dan menggantikannya dengan RFID (identifikasi frekuensi radio) sejak Januari 2019? Dengan peningkatan teknologi, kini kita perlu menggunakan sistem yang lebih canggih. Dengan RFID, anda boleh menambah nilai dari kad kredit atau kad debit terus ke dompet digital anda, iaitu Touch 'n Go eWallet, dan tidak perlu melawat kaunter tambah nilai. Baki kredit pada Touch 'n Go eWallet boleh digunakan, bukan sahaja untuk membayar tol, tetapi juga untuk membeli-belah.
Sistem baru ini menggunakan pelekat dengan cip RF terbenam yang dilekatkan di lampu depan kenderaan. Pelekat ini membolehkan nilai pada Touch 'n Go eWallet digunakan setiap kali anda melalui pintu tol, dan senarai perbelanjaan tol anda direkodkan sehingga 90 hari.
Selaras dengan rancang untuk menggantikan SmartTAG dengan RFID, Touch 'n Go tidak lagi menjual SmartTag.
Langkah untuk memasang RFID pada kereta anda
Untuk memasang RFID pada kereta anda, anda perlu membawanya ke satu daripada kios pemasangan yang berdekatan. Sila bawa kenderaan anda bersama salinan kad pengenalan (depan dan belakang) and Sijil Pemilikan Kenderaan (ataupun "Geran Kereta"). Namun demikian, menurut kenyataan Touch 'n Go baru-baru ini, sebarang dokumen tidak lagi diperlukan. Sekiranya anda belum mempunyai Touch 'n Go eWallet, anda boleh memohonnya di situ juga.
Bagi pengetahuan anda, Touch 'n Go eWallet berlainan dengan kad Touch 'n Go anda, tetapi nilai pada kad Touch 'n Go dapat dihubungkan kepada eWallet agar, sekiranya nilai pada eWallet tidak mencukupi, maka bayaran tol dapat diambil terus daripada kad Touch 'n Go anda.
Touch 'n Go eWallet adalah dompet elektronik. Sepertimana dompet fisikal, ia mengandungi wang, tetapi dalam bentuk digital. Anda boleh menambah nilai kepadanya untuk pembayaran perbagai, termasuk tol lebuhraya.
9 Januari, 2020
Pengguna Jambatan Pulau Pinang sekarang dapat membayar tol menggunakan RFID, pada laluan paling kanan. Bayaran tol adalah RM7 berbanding pengguna Pulau Pinang yang membayar RM5.60 menggunakan SmartTAG dan kad Touch 'n Go.
Senarai Pusat Pemasangan RFID
RFID boleh dipasang pada kenderaan anda di lokasi-lokasi berikut.
Johor
Aeon Bandar Dato' Onn (GPS: 1.563875, 103.734614)
Ground Floor, Beside Information Counter
Tesco Extra Shah Alam (gPS: 3.07187, 101.53863)
Indoor Car Park, In front of KFC
Tesco Extra Kajang (GPS: 3.00445, 101.78613)
Ground Floor, In front of Bata