Thailand ataupun Prathet Thai (ประเทศไทย ), adalah sebuah negara di Asia Tenggana. Ia merangkumi kawasan 513,120 km persegi (198,115 batu persegi) dan mempunyai jumlah penduduk 68.8 juta orang (anggaran 2016). Ibu negeri dan bandaraya terbesarnya adalah Bangkok.
Thailand adalah 7 jam ke hadapan Waktu Universal Selaras (UTC+7). Ia adalah satu jam di belakang Malaysia. Kenderaan dipandu di sebelah kiri jalan, sama seperti Malaysia. Kod sambungan antarabangsa (IDD) untuk Thailand adalah +66. Baht (THB) merupakan matawang rasmi manakala bahasa rasmi adalah Bahasa Thai.
Lagun bernama Pileh di pulau Phi Phi Ley. (4 November 2005)
Pondok nelayan di atas laut berdekatan Ko Yo di Wilayah Songkhla. (11 Jun 2005)
Wilayah-wilayah Thailand
Thailand terdiri daripada 76 wilayah (atau negeri) yang dibahagikan kepada daerah bergelar "amphoe" (อำเภอ ), yang dibahagikan lagi kepada mukim bergelar "tambon" (ตำบล ).
Dalam setiap wilayah, daerah yang mengandungi pusat pentadbiran wilayah digelar Amphoe Mueang. Ia merupakan kedudukan asal Mueang (เมือง ), iaitu penempatan atau kerajaan silam dari mana tertubuhnya wilayah masa kini. Setiap wilayah mempunyai nama yang sama dengan bandar pentadbirannya, dengan istilah "Changwat" merujuk kepada wilayah manakala istilah "Mueang" merujuk kepada bandar pentadbiran ataupun ibu negeri. Dengan itu, "Changwat Chiang Mai" adalah "Wilayah Chiang Mai" manakala "Mueang Chiang Mai" adalah Bandaraya Chiang Mai. Istilah "bandaraya" digunakan untuk merujuk kepada pusat pentadbiran wilayah.
Ekonomi Thailand yang dahulunya berbentuk pertanian hari ini telah kian membangun. Pelancongan dan pembuatan merupakan komponen utama ekonomi negara ini. Pada tahun 2010, Thailand mempunyai KDNK nominal setinggi $514.7 billion (anggaran 2018), bersamaan KDNK nominal per kapita sebanyak $7,588. KDNK pada kuasa beli pariti adalah $18,943.
Kerajaan Thailand adalah kerajaan berperlembagaan. Raja Thailand sejak 13 Oktober 2016 adalah Maha Vajiralongkorn, yang diputerakan pada 28 Julai, 1952. Baginda adalah raja ke-10 Dinasti Chakri, dan mengambil gelaran Rama X. Ayananda baginda, Bhumibol Adulyadej, merupakan raja yang paling lama menduduki takhta di dunia.
Huts on the water of Cheow Lan Lake, which formed due to Ratchaprapa Dam, at Taman Negara Khao Sok (26 December 2003)
Thailand mengalu-alukan kedatangan pelancong, dengan menawarkan pelbagai jenis destinasi mengikut pelbagai citarasa, termasuk kebudayaan, sejarah dan pantai. Antara destinasi Thailand yang paling terkemuka termasuk Bangkok, Phuket, Ko Samui, Chiang Mai dan Pattaya.
Di kawasan pendalaman sebelah utara Negara Thailand, masih terdapat puak-puak bukit yang mengamalkan adat istiadat dan cara hidup yang lama, dan masih memakai pakaian tradisional. Antara suku kaum di sini termasuk orang Akha, Hmong, Mien, Lahu dan Lisu. Setiap kaum mempunyai gaya pakaian tersendiri yang membolehkan mereka membezakan dari segi sukukaum, status sosial, status perkahwinan dan juga kampung. Mungkin yang paling menarik adalah sukukaum Padaung, yang paling dikenali sebagai "Orang Berleher Panjang", sebab wanita mereka memakai gelang tembaga pada tangan, kaki dan leher. Walaupun adat ini sudah berkurangan, masih ramai yang mengamalkannya untuk tujuan komersil.
Saya bersama seorang wanita kaum Padaung (21 Disember, 2002)
Antara tamadun dan penempatan yang paling tua di Thailand telah ditemui di sebelah utara negara itu, terutamanya antara bandaraya Sukhothai dengan sempadan utara. Kota-kota purba ini memberi kita sedikit maklumat mengenai cara hihup manusia di Thailand berabad-abad yang lampau. Walaupun kuil-kuil yang didirikan masa itu sudah dalam keadaan usang, mereka telah dipelihara dengan cermat di taman-taman warisan di Sukhothai dan Si Satchanalai.
Bangkok adalah ibu kota Thailand. Ia merupakan sebuah metropolis yang moden, yang terletak di tengah-tengah negara tersebut. Tidak jauh daripadanya adalah tempat-tempat peranginan seperti Pattaya dan Hua Hin. Berdekatan sempadan negara Kambodia ialah peninggalan zaman Khmer termasuk Prasat Hin Phimai dan Prasat Panom Wan, kedua-duanya terletak di luar bandar Nakhon Ratchasima.
Negotiating a tight spot inside Ley Cave in Trang Province (3 November 2005)
The gilded chedi of Wat Haripunchai in Lamphun (24 October 2006)
Perbadanan Pelancongan Thailand
Tourism Authority of Thailand atau TAT adalah perbadanan pelancongan Thailand. Ibu pejabatnya berada di 1600 New Phetchaburi Road, Makkasan, Ratchathewi, Bangkok 10400, Thailand. Telefon: +66-2 250 5500, +66-2 134 0040, +66-2 134 0041.
Imigresen Thailand
Warganegara Malaysia tidak memerlukan visa untuk lawatan tidak melebihi 30 hari. Sesiapa yang melebihi tanpa kebenaran akan didenda 500 baht sehari.
SIM Card Thailand
Sekiranya anda ingin melawat Thailand melebihi dua hari, adalah berguna untuk mendapatkan SIM Card Thailand untuk telefon pintar anda. Berikut beberapa pilihan yang sedia ada buat Oktober 2018.
Thailand TrueMove H menawarkan 3G/4G Sim Card tanpa had untuk kegunaan 8 hari. Happy Tourist SIM Card boleh didapati pada harga 49 baht, 199 baht, 299 baht dan 599 baht. Maklumat lanjut
Thailand Public Holidays
Hari Tahun Baru: 1 Januari
Hari Kanak-Kanak: Sabtu kedua bulan Januari
Magha Puja: Bulan penuh pada Februari/Mac. Perayaan ini memperingati ucapan yang dibuat oleh Buddha kepada 1,250 sami. Di seluruh Thailand, penganut membawa dian mengelilingi keramat di wat sebanyak tiga kali ikut arah jam.
Tahun Baru Cina: Januari/Februari
Hari Chakri: 6 April, memperingati tertubuhnya Dinasti Chakri
Songkran: 13-15 April - Tahun Baru Thai, diraikan dengan lemparan air.
Hari Pertabalan: 5 Mei
Majlis Membajak: Mei, harinya bertukar-tukar
Visakha Puja: Bulan penuh di Mei, memperingati kelahiran, to commemorate the birth, pencerahan dan kematian Buddha
Asalaha Puja: Bulan penuh di Julai, memperingati khutbah Buddha yang pertama
Khao Phansa: Julai, permulaan musim hujan
Hari Keputeraan Permaisuri: 12 Ogos
Hari Chulalongkorn: 23 October
Loy Krathong: Bulan penuh di November. Pada masa ini, penganut akan mengapung hiasan bunga dan lilin di sungai dan tasik untuk memuja dewa air.
Hari Keputeraan Raja: 5 Disember, juga disambut sebagan Hari Bapa
2 Disember, 2016: Raja Muda Thailand menerima jemputan untuk menaiki takhta sebagai Rama Rama X Dinasti Chakri. Baginda akan mengambil gelaran Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun.